SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Saturday, May 22, 2010

Cara ni boleh mudahkan anda buat duit lebih lagi dengan bisnes Internet!

Hai,

Berjumpa lagi kita dalam artikel bagaimana nak menguruskan
program menjana duit anda ataupun apa sahaja bisnes Internet
yang anda sedang jalankan sekarang.

Hari ini saya nak berkongsi cerita sedikit dengan anda tentang
bagaimana nak jadikan rezeki kita murah sedikit daripada
biasa, apakah amalan yang perlu dilakukan dan bukti
rezeki yang murah daripada cerita orang bukan islam dll.

Baru-baru ni saya ada dengar satu pengajian agama tentang
bagaimana nak jadikan rezeki kita lebih murah. Rezeki murah
ni kalau kita lihat bukan sahaja dari segi duit tapi juga dari segi
kebahagiaan hidup, tenang, jauh dari bala, naik pangkat dan
lain-lain lagi - bukan hanya duit sahaja murah.

Ustaz tu kata kalau nak rezeki kita murah, kita kena baaaanyak
bersedekah. Mungkin ramai dah tahu tentang ni tapi praktik
ke tak?

Tapi dengan syarat bersedekah tu mestilah ikhlas...maknanya
tak harapkan balasan. Kalau tunggu balasan, baik toksah. Tak
menjadi pun.

Ustaz tu kata kalau kita sedekah kat satu orang ni dengan ikhlas,
pasti Allah akan bantu kita, bukan daripada orang yang kita
sedekah tu tapi dari orang lain yang tidak disangka-sangka.

Cubalah amalkan...jangan percaya cakap saya ni tapi buat je.

Saya juga ada terbaca satu buku English karangan orang putih.
Mereka pun percaya tentang ni. Dia kata kalau kita nak tambah
duit kita, kita mestilah bersedekah dulu pada orang yang
memerlukan - mesti ikhlas - pastu tunggulah kita akan
dapat bantuan dari sumber yang tak diketahui nanti.

Tapi yang tak syoknya orang kita ni, bila nak bersedekah je
mesti takut duit kita kurang. Saya pun kadang-kadang camtu
tapi tuhan dah berjanji, bila kita bantu orang, Allah pasti
bantu kita.Alhamdulillah, sekarang ni saya cuba buang
sifat tu jauh-jauh. Ikhlaskan je hati.

Satu lagi ialah minta atau doa dengan tuhan banyak-banyak
untuk murahkan rezeki kita. Tuhan dah kata kalau kita
minta bantuan dia, Insya Allah! Dia akan makbulkan.

Kalau bukan kita(orang islam) yang minta dengan dia,
siapa lagi. Orang kafir pun percaya dengan tuhan mereka,
apatah lagi kita.

Panduan ini sangat berguna kepada anda diluar sana yang
nak sangat duit banyak. Setakat usaha je lebih tapi kalau
tak minta bantuan pun, tak ada gunanya.

Ada sesetengah orang tak minta dengan tuhan pun, dapat
duit banyak juga.Macamana tu? Cuba tengok keberkatan
hidup orang macam tu. Berkat ke hidup dia. Tenang ke hati
dia atau lapang ke hati dia.

Saya tak kata orang yang tak berdoa tu, hidup dia tak berkat
tapi mungkin dia berusaha bersungguh-sungguh untuk semua
itu berbanding kita yang hanya hangat-hangat tahi ayam
sahaja ni. Usaha sungguh-sungguh pun berkat juga daripada
guna jalan belakang.

Kesimpulannya, disamping kita berusaha tu, doa jugalah
pada tuhan...itu yang penting. Mana tahu, tuhan lorongkan
jalan yang betul untuk kita berjaya dengan bisnes Internet
ni kot. Siapa tahu, kan?

Oklah...setakat ini sahajalah dulu buat kali ini. Jumpa lagi
dalam artikel seterusnya akan datang. Macam biasa, sebarang
komen, boleh dimasukkan dalam ruangan dibawah untuk
kita kongsi bersama.

Adios.

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Bisnes SMS paling mantap iaitu 1Malaysiasms.com
akan masuk pasaran Indonesia Jun ini. Jadi, rebutlah
peluang untuk menjadi orang yang terawal menjana
pendapatan sebelum terlambat. Layari http://1Msiasms.webs.com
untuk maklumat lanjut!

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!