SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Monday, August 24, 2009

Bagaimana orang Malas boleh jadi kaya?

Hai kawan-kawan,

Kenapa saya ceritakan kepada anda tentang
sifat malas untuk menjadi kaya ini?

Ianya bukan bertujuan untuk menjadikan
anda lebih malas tapi tujuannya ialah
untuk memahami apa itu malas dan
bagaimana untuk menggunakan sikap
malas anda bagi tujuan menguntungkan
dan menjadi kaya.

Kaya ini maknanya jelas, ia bukan
sahaja kaya material tapi kaya dengan
sifat-sifat yang elok dan baik.

Akhir-akhir ini ramai yang tension dan
sesak nafas dengan cara hidup zaman sekarang
yang sangat mengejar "zero defect". Ianya
hanya satu impian yang tak akan tercapai.

Zaman sekarang krisis nilai semakin menjadi-jadi.
Ramai orang sebenarnya melakukan kerja
yang dia tak suka. Dia hanya melakukannya kerana
terpaksa. Kajian di Amerika mendapati
80% orang bekerja sebenarnya tersalah pilih kerja.
Bayangkanlah apa yang terjadi kepada
mereka. Mungkin anda juga begitu?

Melakukan kerja yang anda tak suka akan
menyebabkan lebih banyak kesan buruk daripada
kesan baik terutamanya kesihatan mereka.
Malah, ianya akan menjadikan kita semakin
malas. Sesetengah daripada kita yang hanya
bekerja sementara menunggu waktu bersara.

Hidup yang sebenar ialah hidup yang realistik.
Tidak ada yang lebih baik daripada melakukan
apa yang anda suka dan boleh lakukan. Hidup
yang realistiklah yang boleh jadikan anda
kaya jika anda ingin kaya.

Sebagai manusia biasa, semuanya sebenarnya
mempunyai sifat malas. Tahukah anda, orang
kaya hanya rajin dalam beberapa sudut sahaja,
sedangkan sudut yang lain mereka mungkin
sama malas dengan anda. Jika perangai mereka
lebih kurang dengan perangai anda, mengapa
anda tidak kaya seperti mereka.

Ramai orang berfikir bahawa oleh kerana dia
malas,maka dia tidak mampu dan tidak boleh
jadi kaya apatah lagi apabila dirinya atau
bangsanya dikatakan pemalas oleh sesetengah
pihak yang tidak bertanggungjawab...Maka
apabila dia percaya begitu, maka dia tidak
akan jadi kaya walaupun dia rajin.

Sebenarnya malas tidak halang anda
untuk menjadi kaya.

Tapi ada pula orang yang berkata, dia tidak
mahu kaya,dia mahu terus dengan
keadaannya tapi banyak wang.

Berjumpa lagi dilain artikel. Teruskan membaca
artikel-artikel kami bagi mendapat maklumat
tentang bagaimana kalau anda malas tapi
tetap juga nak kaya!

Semoga artikel kami ini membuka sedikit
mata anda tentang bagaimana kita nak
menjadi kaya dengan sikap yang kita ada
sekarang!

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Artikel dicedok dari buku sebuah buku motivasi hebat bertajuk
"Bagaimana orang Malas Boleh Jadi Kaya?" tulisan Ibn Yusof.

Tuesday, August 11, 2009

Bagaimana Orang Malas Boleh Jadi Kaya?

Kawan-kawan,

Mulai hari ini dan setiap minggu, saya akan
berkongsi dengan anda tentang bagaimana
untuk menjadi kaya walaupun kita malas?
(walaupun saya masih belum jadi kaya -
moga-moga kita sama-sama kaya walaupun
ada sikap malas dalam diri kita)

Hasil tulisan saya ini saya ambil dari
sebuah buku yang bertajuk "Bagaimana
orang malas boleh jadi kaya?" hasil tulisan
Ibn Yusof.

Saya harap dengan perkongsian maklumat
ini akan menjadikan anda semua diluar sana
lebih membuka mata tentang bagaimana
untuk menjadi kaya walaupun sikap malas
sangat tebal dalam diri kita.

Saya tak akan sampaikan secara panjang
lebar dalam satu-satu artikel.
Cukup sekadar kita beringat atau ingat
tentang tips-tips yang diberikan
kerana saya tahu siapa yang tak nak jadi
kaya tapi dalam masa yang sama
sikap malas masih ada juga dalam diri anda.

Ok....buat apa kaya? Bila anda buka mulut
untuk jadi kaya, mungkin banyak
pendapat yang anda akan terima seperti :
"Buat apa kaya? Aku bukan hendak kaya.
Asalkan anak-anak dan bini aku cukup
makan dan pakai, itupun sudah cukup.
Buat apa kaya?"

Kalau anda berjumpa dengan orang lama,
mungkin ini pula jawapannya ;
"Buat apa kaya? Umur aku dah 50 tahun.
Kalau aku mati ketika umur
aku 60 tahun, aku hanya ada 3,650 jam
sahaja untuk hidup. Buat apa
kaya? Tak guna aku kejarkan sangat dunia ini"

"Buat apa kaya?, Bila kita mati semua harta
tinggal.Satupun kita tak dapat bawak kecuali
kain kapan.Anak-anak yang tinggal pandai-pandai
le hidup. Buat apa kaya?"

Anda pun mula bertanya kepada diri anda,
"Buat apa kaya?"

Rupa-rupanya ramai yang tak suka kaya.
Kita pun tak pasti samada kata-kata itu ikhlas
ataupun tak?Atau mungkin memang mereka dah
tak berupaya nak jadi kaya sedangkan dalam hati
mereka tuhan sahaja yang tahu.

Ada juga antara kita yang takut bila jadi kaya
kita akn menjauhi tuhan. Kaya pada sesetengah
orang sangat melekakan.

Tetapi betulkah kaya itu TIDAK PERLU?
Apa itu kaya sebenarnya? Bolehkan kaya itu dijadikan
sahabat terutamanya orang melayu? Salahkah untuk
menjadi kaya? Adakah bila jadi kaya, hidup jadi sukar?

Buat apa kaya? Kaya adalah satu kecukupan.
Dengannya anda rasa hidup ini lebih bermakna.
Dengannya anda boleh bantu orang susah. Dengannya
anda boleh berikan anak anda pendidikan yang tinggi.
Dengannya anda akan mendapat tempat tinggal dan
kenderaan yang selesa.

Kekayaan bukanlah sesuatu yang MUSTAHIL.
Ianya juga bukan satu perkara yang magik. IANYA
ADALAH SATU JALAN YANG
MEMBOLEHKAN
ANDA BERBAKTI KEPADA KETURUNAN ANDA.


Malah, muslihat untuk menjadi kaya sangat banyak.

Paling penting ialah anda boleh mempertahankan tanah
tumpah darah anda daripada tergadai ke tangan orang
lain. Buat apa kaya?

Itu sahaja buat kali ini. Jika anda inginkan satu cara
TERKINI
untuk menjadi kaya dan dalam masa yang
sama sikap malas memang ada dalam diri anda, sila layari
kami di www.komisen.com.

Cara TERKINI ini akan membantu anda dari
banyak segi dan anda pasti kagum dengan kebolehannya
nanti!

Jumpa lagi minggu hadapan dengan sambungan
"Bagaimana orang malas boleh menjadi kaya?".

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!