SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Thursday, May 27, 2010

Banyak cara mudah untuk iklankan bisnes Internet kita.Antaranya......!

Hai kawan-kawan,

Semakin hari semakin bertimbun-timbun inbox kita
dengan tawaran untuk join program menjana duit di
Internet. Kita tak tahu sejauhmana berjayanya program
tersebut.

Seperti artikel saya sebelum ini dimana saya telah
membuat kajian ke atas lebih kurang 50 program
menjana duit di Internet yang saya tolong masukkan
dalam Sistem Autoresponder pelanggan saya, separuh
daripadanya dah "kong" ataupun mati ditengah jalan.

Baca artikel tersebut disini.

Kebanyakan program-program cikai seperti ini hanya
inginkan pendapatan jangka pendek dan bukan untuk
membantu rakan-rakan membuat duit.

Tapi tak dinafikan ada juga program yang benar-benar
serius untuk menjana duit dan membantu rakan-rakan
tapi bilangannya boleh dikira dengan jari.

Antara program yang saya sentiasa promosi ialah
program bisnes sms di 1Malaysiasms.com dan Kuasa100.com.

Kedua-dua program ini bukan sahaja maintain dari segi
produknya tapi maintain dari segi pembayaran komisyen
kepada ahlinya.

Bagi saya buat apa kita join berpuluh-puluh program tapi
satu pun tak berjaya. Buat apa kita join bermacam-macam
program tapi satupun tak berjalan dan buat apa kita join
program demi program tapi terperap je kat dalam Internet
tu.

Cukup sekadar 2 ke 5 program yang kita join. Pastikan
program tersebut benar-benar establish dan tumpukan
perhatian kepada program tersebut.

Ok....kalau dah pilih program yang ingin diberi tumpuan,
sekarang tiba masanya untuk buat promosi pula. Kalau
dah join tu, buatlah promosi pula.

Ini tidak....duit berpuluh ratus dah keluar tapi hanya
mengharapkan rezeki atau duit datang bergolek sahaja.
Itulah sikap orang kita (maaf...hanya berterus terang)

Banyak cara mudah untuk iklankan bisnes Internet
anda tu sebenarnya. Saya berikan beberapa cara mudah
atau cara awal untuk anda mula mengiklankan link
anda tersebut tanpa mengeluarkan apa-apa modal.
Lepas ni saya beri cara berbayar pula. Cuba baca dengan
teliti beberapa cara dibawah :

1. Iklankan dibeberapa tempat di Internet dibawah
seperti dibawah.

http://ik.my/iklanpercuma - post 10 free ads, vip members
can post unlimited ads + top hot ads
http://iklanmatrix.com/cash - post 100 free ads. if you
refer people, you ads will be seen by millions
http://100free-classified-ads.co.cc - post 100 free classified ads
http://5starfreeads.com - post unlimited free ads, no registration
http://1stopfreeads.com - no registration required, post unlimited free ads
http://hot-classifieds.info - hot classified ads with more than 7000 members
http://iklanpercuma.com - malaysia's top free ads site 70K+ members

* Maklumat ni saya dapat dari seseorang yang hantar
melalui emel kepada
saya sebelum ini. Terima kasih
saya ucapkan.


2. Iklankan link URL anda di Facebook, Twitter,
Friendster, gmail, yahoo dan apa sahaja emel atau
laman sosial terutamanya kepada kawan-kawan kita
sendiri. Banyak dah orang cadang cara ni...dah buat
ke belum?

3. Masuk mana-mana laman blog yang membincangkan
tentang program buat duit ke atau tentang cara nak
jana duit ke atau apa sahaja blog yang sewaktu
dengannya.

Ingat...kalau nak promote melalui blog, jangan
iklan terus kepada mereka.Sembang-sembang
biasalah dulu, lepas tu buat-buatlah
tanya samada diaorang nak join program jana duit
ke tak? Itulah sebenar caranya...jangan main
redaaaah je.

4. Buat ebook percuma(ebook yang tak pernah
orang keluarkan dan orang akan cari tajuk ebook
anda tu). Katakan anda joinprogram buat duit dengan
handphone. Anda buat ebook tentang buat duit dengan
handphone - tak payah tebal-tebal. Simple-simple
je. Lepas tu masukkan link URL program dalam tu
untuk orang senang klik.

5. Buat iklan dari mulut ke mulut. Sambil
bersembang-sembang tu, selitkan juga tentang program
yang anda join. Kalau mereka berminat, tuliskan link
URL program tu untuk mereka tengok nanti.

6. Chatting...mesti ramai suka berchatting. Daripada
duduk berchatting kosong tu, baik promote program
anda sekali. Chatting ni orang percaya sikit kat kita
terutamanya kalau kita dah lama berchit-chat ni.Duit
pun tak kena.

7. Sistem Emel Autoresponder. Bukan semuanya
yang berbayar. Ada juga yang PERCUMA. Cuba
klik kat sini kalau nak cuba sistem ni.

Sistem ni senang sebab kita tak payah susah-susah
nak buat emel follow up secara manual. Semua
sistem yang buat tapi dengan syarat anda kena set
dululah ayat emel tu dulu sebelum tu.

8. Kalau diluar negara, mereka suka membaca
dan ada beberapa website yang benarkan kita hantar
artikel kepada mereka. Saya pernah cuba teknik ni.
Berbaloi juga tapi kena terer bahasa Inggeris le. Cuba
search dalam Google, taip free article. Nanti
sistem akan tunjukkan free article yang kita boleh
join tu.

Contohnya, ezinearticle.com dll.

9. Satu lagi guna SEO atau Search Engine
Optimization. Anda perasan tak kalau kita buat
search dalam Google untuk cari apa-apa maklumat,
Google akan senaraikan website yang kita cari tu.
Di Malaysia ni kurangkan sikit orang cari program buat
duit ni tapi kalau di oversea memang
SEO ni antara cara terbaik untuk kita dedahkan
website kita secara free.

10. Ada sesetengah ruang iklan online seperti
www.iklanpercuma.com, mereka sediakan ruang untuk
buat iklan seperti kotak mesej untuk sesiapa sahaja
buat iklan disitu. Blog saya ni pun ada.
Cuba lihat dibahagian tepi atas kanan website ni.
Anda pun boleh masukkan iklan anda disitu. Percuma je.

11. Belajarlah dari orang yang dah berjaya. Anda
pernah terima emel promosi tentang bagaimana
diaorang dapat buat duit sehingga beribu-ribu dalam
masa singkat tak sebelum ni?

Cuba emelkan kepada mereka, tanya bagaimana
mereka boleh buat macam tu. Kalau dia tak jawab,
lambat jawab atau jawapannya tak logik, maknanya
tipu le tu.

Kalau dia benar-benar ikhlas, dia mesti kongsikan
cara bagaimana nak berjaya tu. Kalau tak, memang
orang tu jenisnya nak makan sorang le tu. Bila
kita join je dia, dia dapat komisyen, kita ditinggalkannya.

Jadi, berhati-hatilah.....

Nah...Inilah antara cara untuk kita iklankan bisnes Internet
kita di Internet.

Semuanya berkesan kalau kita nak cuba TAPI MASALAH
BESARNYA IALAH KITA SENDIRI
....kita nak berjaya tapi
kita tak usaha pun.

Dalam hati tu hanya tuhan saja yang tahu yang anda nak
buat duit dengan bisnes Internet tapi tak berubah pun
untuk berjaya.

Ingat...semua pakar Internet dah cakap, kalau nak berjaya
dengan bisnes Internet, apa yang perlu anda buat????

PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI..........

Tengok sajalah dR.Rozmey yang buat iklan tak henti-henti
tentang filem 2 Alamnya. Kita tengok bagaimana
sambutannya nanti.

Tengok juga Al-Jabbar yang jual produk untuk hati. Tiap-tiap
hari muka dia keluar dalam suratkhabar.

Kalau mereka guna duit untuk buat iklan, anda gunalah
cara yang saya sebut kat atas secara konsisten setiap masa
untuk iklankan program anda tu.

Saya pasti satu hari nanti pasti anda akan berjaya.

Ok...jumpa lagi di artikel akan datang tentang
iklan secara berbayar pula.

Bai.....

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Satu cara buat iklan dengan handphone anda ditemui. Daftar
FREE sahaja di http://1Msiasms.webs.com dan anda pasti mengaguminya
nanti.

Saturday, May 22, 2010

Cara ni boleh mudahkan anda buat duit lebih lagi dengan bisnes Internet!

Hai,

Berjumpa lagi kita dalam artikel bagaimana nak menguruskan
program menjana duit anda ataupun apa sahaja bisnes Internet
yang anda sedang jalankan sekarang.

Hari ini saya nak berkongsi cerita sedikit dengan anda tentang
bagaimana nak jadikan rezeki kita murah sedikit daripada
biasa, apakah amalan yang perlu dilakukan dan bukti
rezeki yang murah daripada cerita orang bukan islam dll.

Baru-baru ni saya ada dengar satu pengajian agama tentang
bagaimana nak jadikan rezeki kita lebih murah. Rezeki murah
ni kalau kita lihat bukan sahaja dari segi duit tapi juga dari segi
kebahagiaan hidup, tenang, jauh dari bala, naik pangkat dan
lain-lain lagi - bukan hanya duit sahaja murah.

Ustaz tu kata kalau nak rezeki kita murah, kita kena baaaanyak
bersedekah. Mungkin ramai dah tahu tentang ni tapi praktik
ke tak?

Tapi dengan syarat bersedekah tu mestilah ikhlas...maknanya
tak harapkan balasan. Kalau tunggu balasan, baik toksah. Tak
menjadi pun.

Ustaz tu kata kalau kita sedekah kat satu orang ni dengan ikhlas,
pasti Allah akan bantu kita, bukan daripada orang yang kita
sedekah tu tapi dari orang lain yang tidak disangka-sangka.

Cubalah amalkan...jangan percaya cakap saya ni tapi buat je.

Saya juga ada terbaca satu buku English karangan orang putih.
Mereka pun percaya tentang ni. Dia kata kalau kita nak tambah
duit kita, kita mestilah bersedekah dulu pada orang yang
memerlukan - mesti ikhlas - pastu tunggulah kita akan
dapat bantuan dari sumber yang tak diketahui nanti.

Tapi yang tak syoknya orang kita ni, bila nak bersedekah je
mesti takut duit kita kurang. Saya pun kadang-kadang camtu
tapi tuhan dah berjanji, bila kita bantu orang, Allah pasti
bantu kita.Alhamdulillah, sekarang ni saya cuba buang
sifat tu jauh-jauh. Ikhlaskan je hati.

Satu lagi ialah minta atau doa dengan tuhan banyak-banyak
untuk murahkan rezeki kita. Tuhan dah kata kalau kita
minta bantuan dia, Insya Allah! Dia akan makbulkan.

Kalau bukan kita(orang islam) yang minta dengan dia,
siapa lagi. Orang kafir pun percaya dengan tuhan mereka,
apatah lagi kita.

Panduan ini sangat berguna kepada anda diluar sana yang
nak sangat duit banyak. Setakat usaha je lebih tapi kalau
tak minta bantuan pun, tak ada gunanya.

Ada sesetengah orang tak minta dengan tuhan pun, dapat
duit banyak juga.Macamana tu? Cuba tengok keberkatan
hidup orang macam tu. Berkat ke hidup dia. Tenang ke hati
dia atau lapang ke hati dia.

Saya tak kata orang yang tak berdoa tu, hidup dia tak berkat
tapi mungkin dia berusaha bersungguh-sungguh untuk semua
itu berbanding kita yang hanya hangat-hangat tahi ayam
sahaja ni. Usaha sungguh-sungguh pun berkat juga daripada
guna jalan belakang.

Kesimpulannya, disamping kita berusaha tu, doa jugalah
pada tuhan...itu yang penting. Mana tahu, tuhan lorongkan
jalan yang betul untuk kita berjaya dengan bisnes Internet
ni kot. Siapa tahu, kan?

Oklah...setakat ini sahajalah dulu buat kali ini. Jumpa lagi
dalam artikel seterusnya akan datang. Macam biasa, sebarang
komen, boleh dimasukkan dalam ruangan dibawah untuk
kita kongsi bersama.

Adios.

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Bisnes SMS paling mantap iaitu 1Malaysiasms.com
akan masuk pasaran Indonesia Jun ini. Jadi, rebutlah
peluang untuk menjadi orang yang terawal menjana
pendapatan sebelum terlambat. Layari http://1Msiasms.webs.com
untuk maklumat lanjut!

Saturday, April 24, 2010

10 benda yang orang memang dah tahu pasal bisnes Internet tapi tak buat pun!

Hai kawan-kawan,

Jumpa lagi dalam ruangan tips-tips membuat promosi dan menjana
duit di Internet.

Apa yang saya nak kongsikan hari ini bukanlah maklumat kosong
tapi hasil pemerhatian saya semenjak 2006 tentang bisnes Internet
ini.

Semenjak saya masuk bidang bisnes Internet ini sejak 2006, banyak
jenis manusia yang saya lihat bila nak join bisnes Internet ini. Saya
lihat ada 5 jenis manusia yang join bisnes Internet :

1. Hangat-hangat tahi ayam - awalnya berkobar-kobar nak join tapi
tak sampai separuh jalan dah give up.

2. Bersemangat tapi tak ada masa - ada setengah orang yang
memang bersemangat nak join macam-macam program tapi
tak ada masa nak uruskan bisnes tersebut. Maklumlah sibuk
dengan kerja dan urusan harian.

3. Sentiasa bersemangat - Orang macam ni tak ramai. Dia memang
bersemangat dan tak mudah putus asa tapi kadang-kadang belum
rezeki lagi.

4. Jenis main join je lepas tu tunggu nasib....nasib baik berjaya, tak
nasib baik kantoi. Macam ni ramai.

5. Jenis berhati-hati...kaji dulu ok tak ok nak join. Orang macam ni
jenis fobia nak join. Mungkin takut kena tipu atau ada pengalaman
ditipu sebelum ini.

5 jenis manusia diatas yang join bisnes Internet bukan sahaja terdapat
di Malaysia tapi satu dunia macam tu. Tak hairanlah kalau kita tengok
bila ada je program baru yang muncul terutamanya yang FREE, ramai
akan join sebab secara amnya ramai yang join dulu tapi lepas tu
akan bergantung kepada 5 jenis manusia diatas.

Jadi, kenapa ada yang berjaya dan ada yang tak berjaya dengan
bisnes Internet ini?

Ada 10 benda yang sebahagian besar orang ramai tahu kalau nak
berjaya dengan bisnes Internet tapi kadang-kadang mereka tak
buat pun. Tak tahu sebab apa. Mungkin malas, tak ada masa atau
sekadar menunggu nasib atau rezeki datang bergolek sahaja.

1. Diaorang tahu yang kalau tak usaha tak berjaya tapi diaorang
tak berusaha pun nak berjaya.

2. Diaorang tahu kalau tak buat promosi, orang lain tak tahu pun
tentang produk dia tapi dia tak buat promosi apa pun.

3. Diaorang tahu kalau tak konsisten atau berterusan, income takat
tu aje tapi diaorang berhenti ditengah jalan juga.

4. Diaorang tahu kalau setakat duduk tunggu rezeki datang
bergolek, tak tahu le bila ia datang bergolek tapi diaorang
tetap tunggu rezeki tu datang bergolek juga.

5. Diaorang tahu kalau join sampai berbelas program pun
tapi kalau satu pun tak berjalan, tak ada maknanya juga
tapi diaorang tetap duduk diam juga.

6. Diaorang tahu kalau diri sendiri tak berubah, tak ada
siapa yang boleh ubahkan hidup dia tapi dia tak berubah
juga.

7. Diaorang tahu yang Allah boleh makbulkan doa diaorang
tapi diaorang tak minta pun pada Allah.

8. Diaorang tahu kalau banyak membaca tentang Internet,
diaorang boleh terer dengan Internet tapi diaorang tak
membaca pun.

9. Diaorang tahu kalau memang tak ada masa untuk buat
promosi, ada alat lain seperti Emel Autoresponder yang
boleh bantu mereka tapi mereka tak guna pun.

10. Diaorang tahu kalau tak ada orang beli produk diaorang,
diaorang pun tak dapat pendapatan tapi diaorang tak ada
usaha pun ke arah itu.

10 perkara kat atas ini memang sebahagian besarnya ada
dalam diri orang-orang yang nak buat bisnes Internet
tapi diaorang tak praktikkan pun.

Kebanyakannya tahu yang semua kat atas ni boleh
ubah kita buat duit di Internet tapi tak ramai yang
praktikkannya termasuk saya (terus terang je).

Jadi, kesimpulannya....bukan senang sebenarnya
nak buat duit di Internet. Kalaupun kita dapat
RM3000 atau RM5000 sehari, bukan senang
kita nak maintain income tersebut selepas
itu kalau sikap kita masih sama macam sebelum tu.

Nasihat saya untuk saya sendiri dan anda, jangan
jadikan alasan demi alasan sebagai penghalang
untuk anda berjaya kerana orang yang berjaya
tak perlu 1001 alasan untuk berjaya.

Sampai disini sahaja...Selamat Berjuang kepada
semua.

Sila berikan apa sahaja komen atau pendapat
anda untuk dikongsikan bersama. Mana tahu
komen anda berbeza dengan pendapat saya
tersebut.

Ok...jumpa lagi!

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!