SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Thursday, May 27, 2010

Banyak cara mudah untuk iklankan bisnes Internet kita.Antaranya......!

Hai kawan-kawan,

Semakin hari semakin bertimbun-timbun inbox kita
dengan tawaran untuk join program menjana duit di
Internet. Kita tak tahu sejauhmana berjayanya program
tersebut.

Seperti artikel saya sebelum ini dimana saya telah
membuat kajian ke atas lebih kurang 50 program
menjana duit di Internet yang saya tolong masukkan
dalam Sistem Autoresponder pelanggan saya, separuh
daripadanya dah "kong" ataupun mati ditengah jalan.

Baca artikel tersebut disini.

Kebanyakan program-program cikai seperti ini hanya
inginkan pendapatan jangka pendek dan bukan untuk
membantu rakan-rakan membuat duit.

Tapi tak dinafikan ada juga program yang benar-benar
serius untuk menjana duit dan membantu rakan-rakan
tapi bilangannya boleh dikira dengan jari.

Antara program yang saya sentiasa promosi ialah
program bisnes sms di 1Malaysiasms.com dan Kuasa100.com.

Kedua-dua program ini bukan sahaja maintain dari segi
produknya tapi maintain dari segi pembayaran komisyen
kepada ahlinya.

Bagi saya buat apa kita join berpuluh-puluh program tapi
satu pun tak berjaya. Buat apa kita join bermacam-macam
program tapi satupun tak berjalan dan buat apa kita join
program demi program tapi terperap je kat dalam Internet
tu.

Cukup sekadar 2 ke 5 program yang kita join. Pastikan
program tersebut benar-benar establish dan tumpukan
perhatian kepada program tersebut.

Ok....kalau dah pilih program yang ingin diberi tumpuan,
sekarang tiba masanya untuk buat promosi pula. Kalau
dah join tu, buatlah promosi pula.

Ini tidak....duit berpuluh ratus dah keluar tapi hanya
mengharapkan rezeki atau duit datang bergolek sahaja.
Itulah sikap orang kita (maaf...hanya berterus terang)

Banyak cara mudah untuk iklankan bisnes Internet
anda tu sebenarnya. Saya berikan beberapa cara mudah
atau cara awal untuk anda mula mengiklankan link
anda tersebut tanpa mengeluarkan apa-apa modal.
Lepas ni saya beri cara berbayar pula. Cuba baca dengan
teliti beberapa cara dibawah :

1. Iklankan dibeberapa tempat di Internet dibawah
seperti dibawah.

http://ik.my/iklanpercuma - post 10 free ads, vip members
can post unlimited ads + top hot ads
http://iklanmatrix.com/cash - post 100 free ads. if you
refer people, you ads will be seen by millions
http://100free-classified-ads.co.cc - post 100 free classified ads
http://5starfreeads.com - post unlimited free ads, no registration
http://1stopfreeads.com - no registration required, post unlimited free ads
http://hot-classifieds.info - hot classified ads with more than 7000 members
http://iklanpercuma.com - malaysia's top free ads site 70K+ members

* Maklumat ni saya dapat dari seseorang yang hantar
melalui emel kepada
saya sebelum ini. Terima kasih
saya ucapkan.


2. Iklankan link URL anda di Facebook, Twitter,
Friendster, gmail, yahoo dan apa sahaja emel atau
laman sosial terutamanya kepada kawan-kawan kita
sendiri. Banyak dah orang cadang cara ni...dah buat
ke belum?

3. Masuk mana-mana laman blog yang membincangkan
tentang program buat duit ke atau tentang cara nak
jana duit ke atau apa sahaja blog yang sewaktu
dengannya.

Ingat...kalau nak promote melalui blog, jangan
iklan terus kepada mereka.Sembang-sembang
biasalah dulu, lepas tu buat-buatlah
tanya samada diaorang nak join program jana duit
ke tak? Itulah sebenar caranya...jangan main
redaaaah je.

4. Buat ebook percuma(ebook yang tak pernah
orang keluarkan dan orang akan cari tajuk ebook
anda tu). Katakan anda joinprogram buat duit dengan
handphone. Anda buat ebook tentang buat duit dengan
handphone - tak payah tebal-tebal. Simple-simple
je. Lepas tu masukkan link URL program dalam tu
untuk orang senang klik.

5. Buat iklan dari mulut ke mulut. Sambil
bersembang-sembang tu, selitkan juga tentang program
yang anda join. Kalau mereka berminat, tuliskan link
URL program tu untuk mereka tengok nanti.

6. Chatting...mesti ramai suka berchatting. Daripada
duduk berchatting kosong tu, baik promote program
anda sekali. Chatting ni orang percaya sikit kat kita
terutamanya kalau kita dah lama berchit-chat ni.Duit
pun tak kena.

7. Sistem Emel Autoresponder. Bukan semuanya
yang berbayar. Ada juga yang PERCUMA. Cuba
klik kat sini kalau nak cuba sistem ni.

Sistem ni senang sebab kita tak payah susah-susah
nak buat emel follow up secara manual. Semua
sistem yang buat tapi dengan syarat anda kena set
dululah ayat emel tu dulu sebelum tu.

8. Kalau diluar negara, mereka suka membaca
dan ada beberapa website yang benarkan kita hantar
artikel kepada mereka. Saya pernah cuba teknik ni.
Berbaloi juga tapi kena terer bahasa Inggeris le. Cuba
search dalam Google, taip free article. Nanti
sistem akan tunjukkan free article yang kita boleh
join tu.

Contohnya, ezinearticle.com dll.

9. Satu lagi guna SEO atau Search Engine
Optimization. Anda perasan tak kalau kita buat
search dalam Google untuk cari apa-apa maklumat,
Google akan senaraikan website yang kita cari tu.
Di Malaysia ni kurangkan sikit orang cari program buat
duit ni tapi kalau di oversea memang
SEO ni antara cara terbaik untuk kita dedahkan
website kita secara free.

10. Ada sesetengah ruang iklan online seperti
www.iklanpercuma.com, mereka sediakan ruang untuk
buat iklan seperti kotak mesej untuk sesiapa sahaja
buat iklan disitu. Blog saya ni pun ada.
Cuba lihat dibahagian tepi atas kanan website ni.
Anda pun boleh masukkan iklan anda disitu. Percuma je.

11. Belajarlah dari orang yang dah berjaya. Anda
pernah terima emel promosi tentang bagaimana
diaorang dapat buat duit sehingga beribu-ribu dalam
masa singkat tak sebelum ni?

Cuba emelkan kepada mereka, tanya bagaimana
mereka boleh buat macam tu. Kalau dia tak jawab,
lambat jawab atau jawapannya tak logik, maknanya
tipu le tu.

Kalau dia benar-benar ikhlas, dia mesti kongsikan
cara bagaimana nak berjaya tu. Kalau tak, memang
orang tu jenisnya nak makan sorang le tu. Bila
kita join je dia, dia dapat komisyen, kita ditinggalkannya.

Jadi, berhati-hatilah.....

Nah...Inilah antara cara untuk kita iklankan bisnes Internet
kita di Internet.

Semuanya berkesan kalau kita nak cuba TAPI MASALAH
BESARNYA IALAH KITA SENDIRI
....kita nak berjaya tapi
kita tak usaha pun.

Dalam hati tu hanya tuhan saja yang tahu yang anda nak
buat duit dengan bisnes Internet tapi tak berubah pun
untuk berjaya.

Ingat...semua pakar Internet dah cakap, kalau nak berjaya
dengan bisnes Internet, apa yang perlu anda buat????

PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI..........

Tengok sajalah dR.Rozmey yang buat iklan tak henti-henti
tentang filem 2 Alamnya. Kita tengok bagaimana
sambutannya nanti.

Tengok juga Al-Jabbar yang jual produk untuk hati. Tiap-tiap
hari muka dia keluar dalam suratkhabar.

Kalau mereka guna duit untuk buat iklan, anda gunalah
cara yang saya sebut kat atas secara konsisten setiap masa
untuk iklankan program anda tu.

Saya pasti satu hari nanti pasti anda akan berjaya.

Ok...jumpa lagi di artikel akan datang tentang
iklan secara berbayar pula.

Bai.....

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Satu cara buat iklan dengan handphone anda ditemui. Daftar
FREE sahaja di http://1Msiasms.webs.com dan anda pasti mengaguminya
nanti.

Saturday, May 22, 2010

Cara ni boleh mudahkan anda buat duit lebih lagi dengan bisnes Internet!

Hai,

Berjumpa lagi kita dalam artikel bagaimana nak menguruskan
program menjana duit anda ataupun apa sahaja bisnes Internet
yang anda sedang jalankan sekarang.

Hari ini saya nak berkongsi cerita sedikit dengan anda tentang
bagaimana nak jadikan rezeki kita murah sedikit daripada
biasa, apakah amalan yang perlu dilakukan dan bukti
rezeki yang murah daripada cerita orang bukan islam dll.

Baru-baru ni saya ada dengar satu pengajian agama tentang
bagaimana nak jadikan rezeki kita lebih murah. Rezeki murah
ni kalau kita lihat bukan sahaja dari segi duit tapi juga dari segi
kebahagiaan hidup, tenang, jauh dari bala, naik pangkat dan
lain-lain lagi - bukan hanya duit sahaja murah.

Ustaz tu kata kalau nak rezeki kita murah, kita kena baaaanyak
bersedekah. Mungkin ramai dah tahu tentang ni tapi praktik
ke tak?

Tapi dengan syarat bersedekah tu mestilah ikhlas...maknanya
tak harapkan balasan. Kalau tunggu balasan, baik toksah. Tak
menjadi pun.

Ustaz tu kata kalau kita sedekah kat satu orang ni dengan ikhlas,
pasti Allah akan bantu kita, bukan daripada orang yang kita
sedekah tu tapi dari orang lain yang tidak disangka-sangka.

Cubalah amalkan...jangan percaya cakap saya ni tapi buat je.

Saya juga ada terbaca satu buku English karangan orang putih.
Mereka pun percaya tentang ni. Dia kata kalau kita nak tambah
duit kita, kita mestilah bersedekah dulu pada orang yang
memerlukan - mesti ikhlas - pastu tunggulah kita akan
dapat bantuan dari sumber yang tak diketahui nanti.

Tapi yang tak syoknya orang kita ni, bila nak bersedekah je
mesti takut duit kita kurang. Saya pun kadang-kadang camtu
tapi tuhan dah berjanji, bila kita bantu orang, Allah pasti
bantu kita.Alhamdulillah, sekarang ni saya cuba buang
sifat tu jauh-jauh. Ikhlaskan je hati.

Satu lagi ialah minta atau doa dengan tuhan banyak-banyak
untuk murahkan rezeki kita. Tuhan dah kata kalau kita
minta bantuan dia, Insya Allah! Dia akan makbulkan.

Kalau bukan kita(orang islam) yang minta dengan dia,
siapa lagi. Orang kafir pun percaya dengan tuhan mereka,
apatah lagi kita.

Panduan ini sangat berguna kepada anda diluar sana yang
nak sangat duit banyak. Setakat usaha je lebih tapi kalau
tak minta bantuan pun, tak ada gunanya.

Ada sesetengah orang tak minta dengan tuhan pun, dapat
duit banyak juga.Macamana tu? Cuba tengok keberkatan
hidup orang macam tu. Berkat ke hidup dia. Tenang ke hati
dia atau lapang ke hati dia.

Saya tak kata orang yang tak berdoa tu, hidup dia tak berkat
tapi mungkin dia berusaha bersungguh-sungguh untuk semua
itu berbanding kita yang hanya hangat-hangat tahi ayam
sahaja ni. Usaha sungguh-sungguh pun berkat juga daripada
guna jalan belakang.

Kesimpulannya, disamping kita berusaha tu, doa jugalah
pada tuhan...itu yang penting. Mana tahu, tuhan lorongkan
jalan yang betul untuk kita berjaya dengan bisnes Internet
ni kot. Siapa tahu, kan?

Oklah...setakat ini sahajalah dulu buat kali ini. Jumpa lagi
dalam artikel seterusnya akan datang. Macam biasa, sebarang
komen, boleh dimasukkan dalam ruangan dibawah untuk
kita kongsi bersama.

Adios.

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Bisnes SMS paling mantap iaitu 1Malaysiasms.com
akan masuk pasaran Indonesia Jun ini. Jadi, rebutlah
peluang untuk menjadi orang yang terawal menjana
pendapatan sebelum terlambat. Layari http://1Msiasms.webs.com
untuk maklumat lanjut!

Saturday, April 24, 2010

10 benda yang orang memang dah tahu pasal bisnes Internet tapi tak buat pun!

Hai kawan-kawan,

Jumpa lagi dalam ruangan tips-tips membuat promosi dan menjana
duit di Internet.

Apa yang saya nak kongsikan hari ini bukanlah maklumat kosong
tapi hasil pemerhatian saya semenjak 2006 tentang bisnes Internet
ini.

Semenjak saya masuk bidang bisnes Internet ini sejak 2006, banyak
jenis manusia yang saya lihat bila nak join bisnes Internet ini. Saya
lihat ada 5 jenis manusia yang join bisnes Internet :

1. Hangat-hangat tahi ayam - awalnya berkobar-kobar nak join tapi
tak sampai separuh jalan dah give up.

2. Bersemangat tapi tak ada masa - ada setengah orang yang
memang bersemangat nak join macam-macam program tapi
tak ada masa nak uruskan bisnes tersebut. Maklumlah sibuk
dengan kerja dan urusan harian.

3. Sentiasa bersemangat - Orang macam ni tak ramai. Dia memang
bersemangat dan tak mudah putus asa tapi kadang-kadang belum
rezeki lagi.

4. Jenis main join je lepas tu tunggu nasib....nasib baik berjaya, tak
nasib baik kantoi. Macam ni ramai.

5. Jenis berhati-hati...kaji dulu ok tak ok nak join. Orang macam ni
jenis fobia nak join. Mungkin takut kena tipu atau ada pengalaman
ditipu sebelum ini.

5 jenis manusia diatas yang join bisnes Internet bukan sahaja terdapat
di Malaysia tapi satu dunia macam tu. Tak hairanlah kalau kita tengok
bila ada je program baru yang muncul terutamanya yang FREE, ramai
akan join sebab secara amnya ramai yang join dulu tapi lepas tu
akan bergantung kepada 5 jenis manusia diatas.

Jadi, kenapa ada yang berjaya dan ada yang tak berjaya dengan
bisnes Internet ini?

Ada 10 benda yang sebahagian besar orang ramai tahu kalau nak
berjaya dengan bisnes Internet tapi kadang-kadang mereka tak
buat pun. Tak tahu sebab apa. Mungkin malas, tak ada masa atau
sekadar menunggu nasib atau rezeki datang bergolek sahaja.

1. Diaorang tahu yang kalau tak usaha tak berjaya tapi diaorang
tak berusaha pun nak berjaya.

2. Diaorang tahu kalau tak buat promosi, orang lain tak tahu pun
tentang produk dia tapi dia tak buat promosi apa pun.

3. Diaorang tahu kalau tak konsisten atau berterusan, income takat
tu aje tapi diaorang berhenti ditengah jalan juga.

4. Diaorang tahu kalau setakat duduk tunggu rezeki datang
bergolek, tak tahu le bila ia datang bergolek tapi diaorang
tetap tunggu rezeki tu datang bergolek juga.

5. Diaorang tahu kalau join sampai berbelas program pun
tapi kalau satu pun tak berjalan, tak ada maknanya juga
tapi diaorang tetap duduk diam juga.

6. Diaorang tahu kalau diri sendiri tak berubah, tak ada
siapa yang boleh ubahkan hidup dia tapi dia tak berubah
juga.

7. Diaorang tahu yang Allah boleh makbulkan doa diaorang
tapi diaorang tak minta pun pada Allah.

8. Diaorang tahu kalau banyak membaca tentang Internet,
diaorang boleh terer dengan Internet tapi diaorang tak
membaca pun.

9. Diaorang tahu kalau memang tak ada masa untuk buat
promosi, ada alat lain seperti Emel Autoresponder yang
boleh bantu mereka tapi mereka tak guna pun.

10. Diaorang tahu kalau tak ada orang beli produk diaorang,
diaorang pun tak dapat pendapatan tapi diaorang tak ada
usaha pun ke arah itu.

10 perkara kat atas ini memang sebahagian besarnya ada
dalam diri orang-orang yang nak buat bisnes Internet
tapi diaorang tak praktikkan pun.

Kebanyakannya tahu yang semua kat atas ni boleh
ubah kita buat duit di Internet tapi tak ramai yang
praktikkannya termasuk saya (terus terang je).

Jadi, kesimpulannya....bukan senang sebenarnya
nak buat duit di Internet. Kalaupun kita dapat
RM3000 atau RM5000 sehari, bukan senang
kita nak maintain income tersebut selepas
itu kalau sikap kita masih sama macam sebelum tu.

Nasihat saya untuk saya sendiri dan anda, jangan
jadikan alasan demi alasan sebagai penghalang
untuk anda berjaya kerana orang yang berjaya
tak perlu 1001 alasan untuk berjaya.

Sampai disini sahaja...Selamat Berjuang kepada
semua.

Sila berikan apa sahaja komen atau pendapat
anda untuk dikongsikan bersama. Mana tahu
komen anda berbeza dengan pendapat saya
tersebut.

Ok...jumpa lagi!

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

Monday, April 19, 2010

10 Taktik promosi untuk program atau produk anda cepat laku!

Hai kawan-kawan,

Lama tak bercerita tentang tips promosi di Internet.
Minta maaf agak sibuk sikit dengan tugasan harian.
Tapi tak apa....saya sedikit pun tak lupa dengan janji-janji
saya sebelum ini untuk memberi bantuan demi
bantuan kepada sesiapa sahaja yang inginkan bantuan
terutamanya bagaimana caranya untuk buat promosi
di Internet.

Hari ni saya nak berkongsi beberapa taktik yang biasa
digunakan oleh Internet marketer didalam dan luar
negara untuk jadikan produk mereka lebih hangat
daripada biasa.

Mungkin anda dah tahu tentang perkara ini, tapi tak
apa....kita ulangkaji sikit.

1. Beri hadiah dalam bentuk bonus lain dari yang lain.
Katakan produk yang anda jual atau promote berharga
RM100, anda boleh beri hadiah PERCUMA ataupun
hadiah berharga kurang dari kos RM100 tersebut.

Rugi ke? Tak.....kalau orang lain yang jual atau produk sama
dengan anda tak laku satu pun sebab dia tak bagi bonus,
kalau anda dapat jual 1 pun jadilah...dapat juga duit daripada
tak dapat langsung.

2. Letakkan had masa. Katakan anda beri tempoh untuk
orang beli atau join anda hingga hujung bulan. Sesiapa
yang tak join hujung bulan, anda akan naikkan harga.

Ini memberikan orang yang nak join akan cepat-cepat
join sebab takut harga naik lagi lepas ni.

3. Beri hadiah PERCUMA...kalau benda PERCUMA ni mesti
ramai yang berebut. Pastikan hadiah PERCUMA tu bernilai.
Jangan bagi yang mudah didapati dipasaran.

Kalau buat camtu, tak ada sape nak rebut peluang hadiah
PERCUMA tu sebab kat pasaran senang dapat.

4. Beri jaminan seperti kalau sape yang join lepas ni,
pastu tak berminat nak join lepas tu, beri jaminan
pulangan duit.

Jaminan ni tinggi risikonya.Kalau anda rasa program atau
produk tu memang hebat, jaminan ni berbaloi. Kalau tak
jenuh le anda kena pulangkan duit nanti.

5. Bahasa yang digunakan mestilah mantap. Kalau tulisan
anda tunggang langgang. Pastu pulak, banyak typing error,
macamana promosi anda nak berjaya.

Orang akan lihat iklan kita...kalau iklan kita hampeh, maknanya
hampeh le kita sekali nanti.

6. Iklan anda maintain. Setiap bulan anda dah tempah ruangan
iklan tertentu. Ini menunjukkan kita profesional.

Kenal dR.Rozmey pengasas Jusmate 5...alah!yang selalu keluar
iklan suratkhabar tu. Agak-agak sebulan berapa kali muka dia
keluar suratkhabar....lama-lama orang dah biasa dah tengok
muka dia. Jadi, bila dah biasa keluar suratkhabar, orang
akan lebih kenal le produk dia, betul tak?

Kalau kejap iklan, kejap senyap....susah le sikit produk
atau program anda nak laku.

7. Kalau anda guna emel terutamanya guna emel
autoresponder, banyakkan letak link ke website
yang anda join.

Kalau cerita panjang berjela tapi prospek anda tak
tahu nak klik kat mana, buang masa ajelah anda.

8. Buat follow up 2 ke 3 kali seminggu. Biasanya kalau
orang dapat emel pertama, mereka belum buat keputusan
lagi.

Pakar pemasaran Internet kata jualan biasanya terjadi
dalam 7 ke 8 emel follow up. Bagaimana kalau ada ramai
prospek, takkan nak emel satu persatu.

Kat sinilah pentingnya sistem emel autoresponder
yang saya iklankan dalam blog ini. Sistem inilah yang akan
buat kerja bagi pihak kita nanti.

9. Profesional maknanya kalau ada orang tanya,
beri jawapan dengan cepat. Jangan tunggu orang
tu dah bertalu-talu tanya tapi tak ada jawapan juga.

Bila prospek tengok kita profesional, mereka
pun rasa terjamin kalau nak join.

10. Last sekali, banyakkan tempat untuk promosi.
Bila dah banyak tempat letak iklan, besar le
sikit peluang untuk orang lihat website atau
produk kita. Jadi, cepat le sikit program kita
laku nanti.

Kesimpulannya, 10 taktik diatas mestilah
digunakan masa nak buat promosi. Ini
kerana kalau kita guna cara yang sama
sahaja seperti orang lain, keputusan
pun samalah macam orang lain jugak!

Jadi, ambillah tindakan lain dari yang
lain supaya pendapatan anda nanti
juga akan lain dari yang lain juga.

Sehingga berjumpa lagi dilain artikel, adios!

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Anda akan dapat pelbagai lagi tips dan
cara berkesan untuk promosikan program anda
jika anda join kami di www.komisen.com.

Saturday, March 27, 2010

1Malaysiasms.com...bakal menggegarkan Malaysia tak lama lagi!

Hai kawan-kawan,

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat
beratus-ratus dan mungkin beribu program
menjana duit di Internet sekarang.

Kebanyakannya menggunakan sistem ala MLM
iaitu menerima pendapatan mengikut level
masing-masing.

Bukan semua program MLM yang tidak sah. Selagi
mereka berdaftar dibawah Akta Jualan Langsung 1993,
selagi itulah pendapatan anda dengan mereka akan terjamin.

Sila klik link inihttp://www.kpdnkk.gov.my/ajl/jos_ajllist.php
untuk melihat sehingga 1,250 syarikat yang berdaftar dibawah
Akta Jualan Langsung 1993 ini dan berapa banyak company
yang dah tamat tempoh.

Tapi adakah semua orang suka join MLM ini? Bagi saya tak semua
orang suka join MLM ini. Bukan semua orang suka jumpa orang
depan-depan muka dan bukan semua orang yang suka bercakap
dengan orang.

Jadi, apa pilihan bagi orang yang tak suka program MLM ini?

Bagi orang yang tak minat dengan program MLM ini, program Internet
boleh menjadi satu pilihan yang baik.

Bisnes Internet biasanya boleh dijalankan dengan memperkenalkan
sistem Affiliate(sebutan efiliet). Apa itu "Affiliate"?

Affiliate ialah nama lain bagi rakan kongsi dimana anda mendapat
untung atau insentif dengan memperkenalkan produk yang bisnesman
Internet nak jual.

Contohnya ; ada satu brader ni nak jual ebook bertajuk
"Mari bermain gitar".Kalau dia nak luaskan lagi pasaran
beliau dan tidak mahu bersusah payah buat promosi sendiri,
beliau boleh lantik sesiapa sahaja untuk jadi rakan kongsi
beliau. Katakan beliau letakkan harga buku tersebut RM100
dan 30% insentif bagi sesiapa yang berjaya jual buku tersebut,
maka kalau buku tu terjual,mamat yang tolong jualkan ni akan
dapat le RM30.

Ini contoh paling senanglah...

Kalau MLM bergantung kepada Akta Jualan Langsung 1993, bagaimana
pula dengan Affiliate? Adakah mereka juga bergantung kepada apa-apa
akta untuk mereka dikenakan tindakan jika mereka menipu kita.

Saya agak kurang pasti dengan perkara ini tapi kalau anda nak benar-benar
terjamin, satu-satu program affiliate di Malaysia mestilah tertakluk
dibawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) 1998
ataupun dalam bahasa Inggeris - Malaysian Communication and
Multimedia Commission(MCMC) dibawah Kementerian Tenaga,
Air dan Komunikasi.

Contohnya program 1Malaysiasms.com yang memperkenalkan
sistem SMS secara pukal atau blasting. Mereka bukan sahaja
menjual produk sms tapi juga menjana income dengan program
mereka. Mereka juga tertakluk dibawah MCMC ini.

Jadi, bagi anda yang ingin menjadikan program sistem sms ini
sebagai satu pendapatan tambahan kepada anda dan mungkin
anda sedikit sangsi tentang kewujudannya, nah...sekarang
anda tak perlu bimbang lagi.

Jika berlaku penipuan, mereka boleh berdepan dengan
tindakan undang-undang dibawah Akta SKMM 1998 ini.

Saya pasti....1Malaysiasms.com ini pasti akan menggegarkan
Malaysia satu hari nanti(tapi semuanya bergantung kepada
keizinan Allah).

Bagi anda yang masih lagi belum menyertai kami dengan
program sms hangat ini, sila layari http://1Msiasms.webs.com.

Apa yang saya berikan ini hanyalah peluang untuk
anda benar-benar menjana pendapatan di Internet
atau handphone anda sendiri.

Akhirnya, terpulang kepada diri anda sendiri juga....

Selamat Maju Jaya kepada anda diluar sana,

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : 1Malaysiasms.com adalah perniagaan untuk semua...fikirkanlah
berapa ramai yang guna handphone dalam dunia ini dan ianya bukan
lagi barangan mewah kepada kita tetapi keperluan yang hampir wajib
kepada semua orang.



Sunday, March 21, 2010

Orang yang gagal ialah orang yang gagal bertindak!

Hai,

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang ilmu
yang saya dapat selepas saya join Seminar Kenali Potensi Diri
dan Seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan yang
disampaikan oleh seorang pakar dalam bidang kenali diri
iaitu Dr.Azizan Osman.

Kalau anda baca Harian Metro, anda akan perasan tentang
iklan seminar beliau setiap hari.

Memang saya rasa cukup bertuah kerana Allah dah pilih saya
untuk sertai seminar tersebut sebelum ini. Kalau diizinkan Allah
saya akan sertai lagi seminar hebat seperti ini.

Dr.Azizan kata...kalau kita nak berjaya kita mesti ada 3 benda ini
iaitu :

1. Ilmu
2. Mentor
3. Sistem

Beliau juga ada huraikan tentang tarikh lahir yang boleh mengetahui
bakat seseorang. Ini bukan tilik nasib tapi satu ilmu metafizik yang
benar-benar dibuat kajian dan hasilnya amat memberangsangkan sekali.

Tapi apa yang saya benar-benar nak kongsi dengan anda hari ini ialah
tentang sifat orang yang berjaya.

Orang yang berjaya akan bertindak cepat berbanding orang
yang gagal.Orang yang gagal sentiasa mencari alasan tapi
orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa merebut peluang.

Dr.kata ACTION(TINDAKAN) = RESULT(KEPUTUSAN)...jadi,
FAST ACTION = FAST RESULT.

Saya bersetuju dengan kata-kata Dr.tersebut. Cuba
tengok orang yang sentiasa gagal....mereka hanya
sibuk duk beri alasan-alasan je sedangkan
orang yang berjaya, dah berjaya lama dah
sebab mereka dah ambil tindakan
lama dah tanpa duk pening-pening beri alasan.

Apa yang saya kat diatas ni, bukan suntuk anda
sahaja tapi untuk diri saya sendiri juga sebenarnya.
Memang sangat-sangat diakui perkara
beginilah yang banyak membantutkan impian kita
untuk berjaya.

Perkara sama juga kalau kita nak buat bisnes
Internet ni....ada masanya berkobar-kobar hati
kita nak buat bisnes Internet tapi sayang semuanya
tak lama.Hangat-hangat tahi ayam je.

Tapi dalam hal ni saya bersyukur kerana
semenjak 2006 lagi saya tak
berhenti-henti menguruskan bisnes
Internet saya. Inilah satu kelebihan
yang saya rasa saya ada berbanding
orang lain.

Bayangkanlah Sistem Email Autoresponder
PERCUMA
yang saya jual sebelum ini dahpun
masuk ke tahun kedua. Saya mula membina
sistem saya tersebut mulai awal 2009 dan
sehingga kini sistem tersebut
masih lagi maintain seperti dulu.

Cuba lihat disini di www.komisen.com dan
anda akan lihat keberkesanannya!

Kembali kepada tajuk kita diatas...cubalah anda
renungkan sendiri betul tak apa yang saya katakan tu?

Nasihat saya ialah kalau anda ada alasan untuk
tak mahu berjaya, cuba anda senaraikan semua
alasan-alasan tersebut dalam satu kertas. Lepas
tu anda fikir, apa cara nak selesaikan alasan anda
tersebut. Saya jamin tiada masalah yang tak boleh
diselesaikan. Cuma kita je yang maleh nak
berfikir, betul tak?

Apa-apa pun, sikap kita yang paling penting.
Sikap melambangkan kita ni macamana...sikap
orang yang berjaya berbeza dengan sikap orang yang
gagal.

Renungilah kata-kata diatas...sesungguhnya
Allah amat suka kepada orang yang bertindak
daripada orang yang selalu memberi alasan.

Jumpa lagi dilain artikel, bai....

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Tawaran kami masih terbuka untuk menyertai
pelbagai program menjana duit yang paling disyorkan
di Malaysia.

Klik sini untuk program Kuasa100.com dan klik sini
untuk menjana pendapatan dengan handphone anda.

Wednesday, March 3, 2010

Rasa macam nak menangis tengok duit masuk dalam program ni!

Hai kawan-kawan,

Bertemu lagi kita dalam pelbagai artikel dan maklumat penting tentang
pelbagai program menjana duit di Internet - dalam dan luar Malaysia.

Saya ada cerita penting yang saya nak kongsikan
dengan anda dan saya nasihatkan supaya anda juga
mengambil tindakan bijak anda selepas
anda baca apa yang akan saya tulis kat sini.

Sebelum tu, cuba klik gambar kat bawah dan
lihat bagaimana dalam masa 1 hari sahaja hampir
135 emel masuk memaklumkan tentang bayaran
komisyen yang saya dapat hasil daripada penyertaan
saya dalam satu program HEBAT ini!

Klik gambar diatas untuk lebih jelas.
Ini hanya sebahagian sahaja.
Lepas tu klik butang "Back" kat atas
untuk balik semula ke page ni.

Lepas je saya tengok jumlah emel masuk tu, saya log
in pula akaun saya dalam program tersebut. Hampir
mengalir air mata saya sebab tengok komisyen saya
pada hari ini sahaja menjangkau RM508 walaupun
saya baru je daftar semalam dengan modal RM1,500.


Cuba klik gambar dibawah untuk lihat bukti
bayaran tersebut dengan lebih jelas.


Klik gambar untuk lebih jelas.
Lepas tu klik butang "Back" kat atas
untuk balik semula ke page ni.


Income yang saya dapat ni pun saya tak buat
apa-apa promosi pun sebab sibuk sikit hari ni.
Saya rasa kalau saya buat promosi, lagi bertimbun le
income saya agaknya.

Cuba lihat gambar kat bawah pula untuk tengok
income yang saya dapat semalam dimana tak sampai
sejam saya daftar...dah dapat RM265 dah.



Klik gambar untuk lebih jelas.
Lepas tu klik butang "Back" kat atas
untuk balik semula ke page ni.


Upline saya yang ajak saya join program ni iaitu
Kak Hanan lagi le, baru 5 hari masuk dan balik modal dah.
Satu hari punya income yang dapat
paling kurang RM20 dan boleh capai RM200.

Saya rasa anda patut join program ni kalau inginkan
satu program menjana duit sambil menggunakan
servis sms ni.

Program ini ialah Program 1Malaysiasms
dibawah syarikat GlobalSurf Sdn Bhd.
Kalau anda join saya sekarang, saya pasti
anda akan berterima kasih dengan
saya nanti.

Bagaimana nak join? Senang je....hanya guna
handphone sahaja.Dengan cara sms.

Nasihat saya anda gunakan handphone orang
lain dulu seperti handphone wife
atau siapa sahaja..jangan guna handphone
sendiri lagi. Kalau dah confirm baru guna
handphone sendiri.

Untuk anda mula menyertai saya dengan
program ini dan anda pun nak akaun
anda seperti akaun saya, sila ikuti
langkah-langkah dibawah :

Langkah 1

Taip di handphone anda :

1M
jarak REG jarak 60192254028 jarak Nama Penuh Anda

hantar ke 36553


(Note: 60192254028 adalah no penaja anda,

jangan ditukar kepada no anda)


Langkah 2


Bila dapat maklumbalas dari server company
tentang ID dan password untuk akaun anda,
sila taip pula maklumat dibawah untuk aktifkan
akaun anda tersebut :

ON Jarak 1MACC

Hantar ke 36553

Lepas tu, log in ke akaun program anda di
www.1Malaysiasms.com dan masukkan
profile anda.

Lepas tu, klik kepada bahagian
"Incentives" dan lihat berapa income
anda yang anda bakal hilang jika anda
tak update sekarang di bahagian "Bonus lost".

Apa yang boleh saya katakan kepada anda
ialah join FREE dulu, lepas tu tengok
apa yang terjadi kalau anda tak upgrade sekarang!

Saya tak pernah jumpa program yang dapat
income secepat ini dan saya mahu
anda juga begitu!

Kalau anda rasa pening nak faham
apa yang program ini tawarkan, sila sms saya
di adminkomisen@gmail.com dan
anda pasti akan dapat jawapannya!

Kita jumpa dipuncak.

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

Monday, February 15, 2010

Berapa lama satu-satu program menjana duit boleh bertahan?

Hai kawan-kawan,

Untuk makluman anda yang baru sahaja melayari blog saya ini,
nak bagitahu sikit yang saya telah mulakan Sistem Email
Autoresponder yang lain daripada yang lain ini semenjak
awal 2009 lagi.

Jika saya iklankan yang Sistem Email Autoresponder ini
PERCUMA..memang ianya benar-benar PERCUMA
kerana setelah setahun saya gunakan sistem
tersebut, memang satu senpun saya tak pernah bayar.

Bukan itu sahaja, 3 akaun dah saya buka dengan
Sistem Autoresponder ini, mereka tak minta apa-apa
pun.

Ok...kita tinggalkan bab itu. Hari ini saya nak
berkongsi maklumat penting dengan anda tentang
berapa lama hayat sesebuah program menjana duit
Malaysia boleh bertahan?

Maklumat ini penting untuk anda tahu yang
kebanyakan program menjana duit di Malaysia
yang hanya hangat-hangat tahi ayam, tiada wawasan dan
inginkan pendapatan segera agak banyak dipasaran.

Tetapi bukan semua macam tu...ada juga yang
stabil dan terus memberi perkhidmatan mereka
sehingga hari ini. Jadi, jangan sangka program
menjana duit di Malaysia tidak boleh bertahan
lama tetapi bergantung sepenuhnya kepada
penganjurnya.

Kalau penganjur sistem ok...maka oklah program
tersebut dan jika KO program tersebut, maknanya
penganjurnya tak oklah maknanya.

Semasa saya mula-mula setup Sistem Email
Autoresponder CGPro ini, terdapat berpuluh-puluh
program menjana duit pelanggan yang telah
saya masukkan untuk mereka.

Cuba lihat gambar dibawah yang saya ambil
snapshot dari fail program menjana duit pelanggan
saya. Program-program tersebut ialah program
yang pelanggan minta saya masukkan dalam
Sistem CGPro mereka.




Klik gambar untuk lebih jelas

Cuba lihat betapa banyaknya program menjana duit di
Malaysia sebenarnya tetapi adakah semuanya masih
berfungsi seperti asal?

Semalam - 15 Februari 2010(Isnin), time cuti raya cina...
saya berpeluang test satu persatu program tersebut yang
telah saya masukkan dalam blog ini.

Daripada randomn 50 program menjana duit
yang disenaraikan dibawah, hanya 21 yang ok
dan 29 lagi dah kong. Kong maknanya bila kita
klik ke link website tersebut, website mereka
telah ditutup, domain dah expired ataupun
website tersebut ditukar ke website lain.

Lihat senarai dibawah untuk lihat senarai
program tersebut :

· PELUANG.DUITSEGERA.NET ok tapi last update Jumaat, 03/10/2008

· BANKINDUIT.COM - kong

· RM30.KUASARM.COM - ok

· JOMRM.COM - ok

· DANARAYA.COM - Block(kong)

· ARABIANNIGHT4U - ok tapi last update 08/08/2009

· SVR2U - ok

· BONUSWANG.COM - Haram(kasino)

· IKLANSENTRAL.COM - kong

· PREPAID4U.NET - ok

· BIO-ASLI.COM - ok

· SAUDAGARCERAMIC.COM - kong

· WANGHALAL.NET - ok

· 1MHP2U.COM - ok

· SPEEDYMATRIX.COM - kong

· CANTIK2U.COM - ok

· MYVEMMA.COM - ok

· RINGGITFON - kong

· RESIPIRM Lamanweb dalam penyelenggaraan

· NLESTARY.NET - kong

· KUASARM.COM - ok

· OKLA2U.NET - kong

· ABC2U.NET - Tak tahu…macam dah kong

· e-pay - Tak tahu…macam dah kong

· AMALANJUTAWAN.COM - ok

· JUTAWANCYBER2U.COM - ok

· DERMAWAN2U.COM - kong

· JOMDANA.COM - Tutup website

· JUTAWANAUTOMATIK.COM - ok

· BIOMAGNET EDYMIUM2U.COM - Tukar website lain

· MYFZBIZ.COM - ok

· BESTLELONG2U.COM - ok

· VISAJUTAWAN.COM - kong

· JOINJE.COM - Tukar server baru

· YOUTHSAYS.COM - ok

· MY2RINGGIT.COM - kong

· HANYA-RM10.COM - kong

· RM5JE.COM - kong

· DATAMASYUK.COM - kong

· UPTRENDONLINE.BIZ - kong

· SMS2U.MY - kong

· ECO2U.BIZ - kong

· EMAILTUNAI.COM - tukar ke buatduit.com.my tp macam tak berfungsi juga

· SUMBANGANBERSAMA.COM - ok tapi tak update

· E-KOLEKSI - ok

· MYRM10.COM - kong

· GENIUSTEAM2U.BIZ - kong

· PENA2U.COM - ok

· RM20.BIZ - kong

· PERIGIDUIT.COM - kong


Saya bukan nak menakut-nakutkan anda tapi
nasihat saya, kalau nak cari program menjana duit,
carilah program yang stabil, penganjurnya konsisten
dan bantuannya konsisten.

Nak tahu macamana nak cari program yang stabil...
websitenya stabil, dari dulu sampai sekarang,
bantuan diberikan up to date, kalau kita tanya
diaorang jawab, website juga up to date(tarikh
sentiasa terkini) dan kebanyakan program dari
luar terutamanya US lebih stabil dari
program di Malaysia(bukan semua).

Jadi...kesimpulan yang dapat dibuat disini
ialah berhati-hati ketika menyertai satu-satu
program menjana duit. Kalau boleh elakkan
program yang perlu kita buat bayaran kepada
admin kerana admin ada peluang
untuk manipulasi duit tersebut. Maknanya
mereka mudah untuk sapu duit tersebut.

Kalau boleh carilah program yang memberi
peluang kita dapat 100% untung
seperti program Kuasa100 dan KuasaRM.
Ini bermakna penganjur program tersebut
berikan hak kepada kita untuk dapat
komisyen kerana tolong jual produk mereka.

Jadi, penganjur tiada peluang untuk manipulasi
wang tersebut. Tentang program pula...oleh
kerana penganjurnya adalah manusia, jadi
bertawakallah kepada Allah supaya program
tersebut bertahan lama.

Untuk orang baru berjinak-jinak dengan program
seumpama ini...buatlah keputusan
bijak anda...duit anda, hak anda!

Jumpa lagi dilain artikel.

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Jika anda inginkan pelbagai tips
berguna seperti ini selalu terus ke kantung
inbox anda, anda bolehlah join kami di
www.komisen.com. Uuups!!sebelum lupa...
Sistem Autoresponder tersebut dapat
PERCUMA kalau anda join Kuasa100 kami
disini.

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!