SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Monday, August 24, 2009

Bagaimana orang Malas boleh jadi kaya?

Hai kawan-kawan,

Kenapa saya ceritakan kepada anda tentang
sifat malas untuk menjadi kaya ini?

Ianya bukan bertujuan untuk menjadikan
anda lebih malas tapi tujuannya ialah
untuk memahami apa itu malas dan
bagaimana untuk menggunakan sikap
malas anda bagi tujuan menguntungkan
dan menjadi kaya.

Kaya ini maknanya jelas, ia bukan
sahaja kaya material tapi kaya dengan
sifat-sifat yang elok dan baik.

Akhir-akhir ini ramai yang tension dan
sesak nafas dengan cara hidup zaman sekarang
yang sangat mengejar "zero defect". Ianya
hanya satu impian yang tak akan tercapai.

Zaman sekarang krisis nilai semakin menjadi-jadi.
Ramai orang sebenarnya melakukan kerja
yang dia tak suka. Dia hanya melakukannya kerana
terpaksa. Kajian di Amerika mendapati
80% orang bekerja sebenarnya tersalah pilih kerja.
Bayangkanlah apa yang terjadi kepada
mereka. Mungkin anda juga begitu?

Melakukan kerja yang anda tak suka akan
menyebabkan lebih banyak kesan buruk daripada
kesan baik terutamanya kesihatan mereka.
Malah, ianya akan menjadikan kita semakin
malas. Sesetengah daripada kita yang hanya
bekerja sementara menunggu waktu bersara.

Hidup yang sebenar ialah hidup yang realistik.
Tidak ada yang lebih baik daripada melakukan
apa yang anda suka dan boleh lakukan. Hidup
yang realistiklah yang boleh jadikan anda
kaya jika anda ingin kaya.

Sebagai manusia biasa, semuanya sebenarnya
mempunyai sifat malas. Tahukah anda, orang
kaya hanya rajin dalam beberapa sudut sahaja,
sedangkan sudut yang lain mereka mungkin
sama malas dengan anda. Jika perangai mereka
lebih kurang dengan perangai anda, mengapa
anda tidak kaya seperti mereka.

Ramai orang berfikir bahawa oleh kerana dia
malas,maka dia tidak mampu dan tidak boleh
jadi kaya apatah lagi apabila dirinya atau
bangsanya dikatakan pemalas oleh sesetengah
pihak yang tidak bertanggungjawab...Maka
apabila dia percaya begitu, maka dia tidak
akan jadi kaya walaupun dia rajin.

Sebenarnya malas tidak halang anda
untuk menjadi kaya.

Tapi ada pula orang yang berkata, dia tidak
mahu kaya,dia mahu terus dengan
keadaannya tapi banyak wang.

Berjumpa lagi dilain artikel. Teruskan membaca
artikel-artikel kami bagi mendapat maklumat
tentang bagaimana kalau anda malas tapi
tetap juga nak kaya!

Semoga artikel kami ini membuka sedikit
mata anda tentang bagaimana kita nak
menjadi kaya dengan sikap yang kita ada
sekarang!

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Artikel dicedok dari buku sebuah buku motivasi hebat bertajuk
"Bagaimana orang Malas Boleh Jadi Kaya?" tulisan Ibn Yusof.

3 comments:

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!