SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Saturday, April 24, 2010

10 benda yang orang memang dah tahu pasal bisnes Internet tapi tak buat pun!

Hai kawan-kawan,

Jumpa lagi dalam ruangan tips-tips membuat promosi dan menjana
duit di Internet.

Apa yang saya nak kongsikan hari ini bukanlah maklumat kosong
tapi hasil pemerhatian saya semenjak 2006 tentang bisnes Internet
ini.

Semenjak saya masuk bidang bisnes Internet ini sejak 2006, banyak
jenis manusia yang saya lihat bila nak join bisnes Internet ini. Saya
lihat ada 5 jenis manusia yang join bisnes Internet :

1. Hangat-hangat tahi ayam - awalnya berkobar-kobar nak join tapi
tak sampai separuh jalan dah give up.

2. Bersemangat tapi tak ada masa - ada setengah orang yang
memang bersemangat nak join macam-macam program tapi
tak ada masa nak uruskan bisnes tersebut. Maklumlah sibuk
dengan kerja dan urusan harian.

3. Sentiasa bersemangat - Orang macam ni tak ramai. Dia memang
bersemangat dan tak mudah putus asa tapi kadang-kadang belum
rezeki lagi.

4. Jenis main join je lepas tu tunggu nasib....nasib baik berjaya, tak
nasib baik kantoi. Macam ni ramai.

5. Jenis berhati-hati...kaji dulu ok tak ok nak join. Orang macam ni
jenis fobia nak join. Mungkin takut kena tipu atau ada pengalaman
ditipu sebelum ini.

5 jenis manusia diatas yang join bisnes Internet bukan sahaja terdapat
di Malaysia tapi satu dunia macam tu. Tak hairanlah kalau kita tengok
bila ada je program baru yang muncul terutamanya yang FREE, ramai
akan join sebab secara amnya ramai yang join dulu tapi lepas tu
akan bergantung kepada 5 jenis manusia diatas.

Jadi, kenapa ada yang berjaya dan ada yang tak berjaya dengan
bisnes Internet ini?

Ada 10 benda yang sebahagian besar orang ramai tahu kalau nak
berjaya dengan bisnes Internet tapi kadang-kadang mereka tak
buat pun. Tak tahu sebab apa. Mungkin malas, tak ada masa atau
sekadar menunggu nasib atau rezeki datang bergolek sahaja.

1. Diaorang tahu yang kalau tak usaha tak berjaya tapi diaorang
tak berusaha pun nak berjaya.

2. Diaorang tahu kalau tak buat promosi, orang lain tak tahu pun
tentang produk dia tapi dia tak buat promosi apa pun.

3. Diaorang tahu kalau tak konsisten atau berterusan, income takat
tu aje tapi diaorang berhenti ditengah jalan juga.

4. Diaorang tahu kalau setakat duduk tunggu rezeki datang
bergolek, tak tahu le bila ia datang bergolek tapi diaorang
tetap tunggu rezeki tu datang bergolek juga.

5. Diaorang tahu kalau join sampai berbelas program pun
tapi kalau satu pun tak berjalan, tak ada maknanya juga
tapi diaorang tetap duduk diam juga.

6. Diaorang tahu kalau diri sendiri tak berubah, tak ada
siapa yang boleh ubahkan hidup dia tapi dia tak berubah
juga.

7. Diaorang tahu yang Allah boleh makbulkan doa diaorang
tapi diaorang tak minta pun pada Allah.

8. Diaorang tahu kalau banyak membaca tentang Internet,
diaorang boleh terer dengan Internet tapi diaorang tak
membaca pun.

9. Diaorang tahu kalau memang tak ada masa untuk buat
promosi, ada alat lain seperti Emel Autoresponder yang
boleh bantu mereka tapi mereka tak guna pun.

10. Diaorang tahu kalau tak ada orang beli produk diaorang,
diaorang pun tak dapat pendapatan tapi diaorang tak ada
usaha pun ke arah itu.

10 perkara kat atas ini memang sebahagian besarnya ada
dalam diri orang-orang yang nak buat bisnes Internet
tapi diaorang tak praktikkan pun.

Kebanyakannya tahu yang semua kat atas ni boleh
ubah kita buat duit di Internet tapi tak ramai yang
praktikkannya termasuk saya (terus terang je).

Jadi, kesimpulannya....bukan senang sebenarnya
nak buat duit di Internet. Kalaupun kita dapat
RM3000 atau RM5000 sehari, bukan senang
kita nak maintain income tersebut selepas
itu kalau sikap kita masih sama macam sebelum tu.

Nasihat saya untuk saya sendiri dan anda, jangan
jadikan alasan demi alasan sebagai penghalang
untuk anda berjaya kerana orang yang berjaya
tak perlu 1001 alasan untuk berjaya.

Sampai disini sahaja...Selamat Berjuang kepada
semua.

Sila berikan apa sahaja komen atau pendapat
anda untuk dikongsikan bersama. Mana tahu
komen anda berbeza dengan pendapat saya
tersebut.

Ok...jumpa lagi!

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

2 comments:

  1. Salam en nik..saya sokong 100% apa yg diperkatakan..saya juga antara golongon tu.. minat sgt dgn biz internet dan sentiasa bersemangat nk gerakkan GDI saya, tp ilmu promosi plk yg kurang,dlm proses belajar tp semua benda nk belajar last2 satu pun belum dpt kuasai lg.. Insya Allah saya sedang ke arah itu.. Moralnya apa jenis biz mudah ke senang ke susah ke income kecil ke besar..plg penting promosi tu adalah senjata terbaik utk maju dlm perniagaan..mana ada ilmu atau duit dtg bergolek selain dgn usaha kita sendiri walau cuma sedikit..

    ReplyDelete

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!