SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Friday, June 19, 2009

BERUBAHLAH KALAU NAK BERJAYA DENGAN INTERNET!

Hai rakan-rakan,

Apa khabar semua? Bagaimana dengan usaha
anda menjana pendapatan dengan Internet?
Ada kemajuan tak?

Saya tahu bukan senang untuk betul-betul
menjana pendapatan di Internet.
Anda bukan sahaja perlu menjadi kreatif
tetapi juga anda perlu ada komitmen
yang sangat tinggi.Ditambah lagi dengan
cita-cita yang tinggi juga.

Komitmen bukanlah sesuatu yang mudah
untuk dibuat. Cuba lihat bagaimana
saya cuba membentuk komitmen saya
terhadap bisnes ini bermula dari awal
tahun ini(pelancaran Sistem CGPro awal
tahun ini). Saya cuba sedaya upaya
untuk tidak kompromi dengan perkataan
putus asa, lemah semangat dan berhenti
di tengah jalan. Bukan mudah untuk komited
membuka Internet setiap hari walau
dimana saya berada, menjawab persoalan-
persoalan dari pelanggan dan mengerah
idea memberikan tips-tips dan semangat
kepada anda setiap minggu.

Saya juga terpaksa korbankan sedikit
masa berharga bersama keluarga, tidur
lewat sedikit dari biasa dan waktu-waktu
terluang dihujung minggu. Hasilnya
saya berjaya menjana beberapa ribu
dari komitmen saya tersebut.

Saya tidak minta anda melakukan seperti
apa yang saya lakukan diatas tetapi
untuk berjaya haruslah ada pengorbanan.

Bagi saya pengalaman dalam membina
kejayaan sangat berguna untuk kita jadikan
ia sebagai panduan. Maknanya kalau seseorang
itu berjaya dengan senang, jika dia jatuh, sakit jatuhnya
nanti. Tapi jika seseorang itu berjaya dengan cara
menempuh pelbagai dugaan dan rintangan, saya jamin
jika mereka jatuh, jatuhnya agak kurang sakitnya
kerana mereka pernah susah sebelum itu.

Minta maaf saya katakan, kita sebagai orang
melayu mempunyai budaya menjana
ekonomi yang agak jauh ketinggalan daripada
budaya orang cina. Cuba anda renungkan
dalam-dalam apa yang saya akan perkatakan
berkenaan budaya orang melayu ini
dan fikirkan betul ataupun tidak.

Kebanyakan orang melayu(bukan semuanya)
inginkan kekayaan dengan cepat tanpa
usaha yang banyak,tak perlu bersusah payah,
takut rugi, takut hadapi cabaran,
inginkan duit segera dan pelbagai sikap negatif
yang lain.

Berlainan dengan budaya cina yang sanggup
menjual barangan dalam keadaan rugi
tetapi yang penting beliau mempunyai pelanggan
setia mereka, sanggup bersusah
payah untuk membina perniagaan mereka,
sanggup menempuh pelbagai cabaran dll.

Orang melayu jika dah kaya, mereka akan
beli kereta besar, rumah besar, saving
tak ingat, beli itu, beli ini,takut untuk
membuat pelaburan semula dan tak ingat
dunia(bukan semuanya).

Orang cina walaupun tauke jual sayur, pakaian
compang camping tapi poket
penuh duit,pakai kereta lama,saving berkepul-
kepul untuk masa depan anak-anak
dll.

Apa yang saya perkatakan diatas bukan untuk
merendah-rendahkan orang melayu
tetapi hasil penelitian saya sebagai seorang
yang bekerja dengan orang ramai dan
setiap hari berinteraksi dengan orang
ramai pelbagi kaum, saya dapat nilai dimana
sikap orang melayu sebenarnya.

Akan tetapi jika anda mempunyai pandangan
yang lain pula, itu terpulanglah kepada anda.

Yang penting, apa yang saya ingin perkatakan disini
ialah untuk berjaya, sikap kita perlu diubah dahulu.
Jangan pandang sinis dengan pandangan ini kerana
perubahan sikap inilah yang memberi kejayaan
kepada ramai orang melayu yang
dah berjaya diserata dunia sekarang.

Sebelum saya mengakhiri tips saya pada hari ini,
ada satu lagi hadiah untuk anda bagi meningkatkan
lagi pengetahuan anda dalam perniagaan Internet ini.

Sila klik pada link ini di http://www.smartho.com/blog
untuk download apa sahaja
ebook percuma yang anda inginkan.

Ok...jangan lupa untuk memberikan komen
anda tentang tips saya pada hari ini. Mudah-mudahan
idea dan pandangan anda juga bakal mengubah
nasib pelanggan-pelanggan kita yang lain
juga nanti.

Selamat Berjaya kepada anda.

Terima kasih.

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

3 comments:

  1. Betul kata anda Nik.Jika kita tak berubah sikap, siapa lagi. Jadi...Lu pikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam..saya setuju dgn pandangan sdr Nik,untuk
    berjaya memang memerlukan pengorbanan sama ada diri,harta dan masa cuma org kita ni kekadang letak pengorbanan tu bkn ditempatnya ada yg letak kat motor atas jalanraya,kat pakwe tercinta konon nya dan paling bahaya letak pengorbanan akhirat untuk dunia..semuga DIA sentiasa memelihara kita dari semua itu..Amin

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Satu motivasi buat kita semua.

    Tq.

    ReplyDelete

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!