SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Saturday, July 11, 2009

Antara cara yang berkesan beriklan dengan Internet.

Hai ,

Dah lama rasanya saya tidak berkongsi dengan anda rahsia bagaimana nak bagi orang
ramai tahu website anda dengan menggunakan Internet.

Yang sebenarnya banyak caranya yang boleh digunakan untuk membuat promosi melalui Internet ni. Sekali lagi saya tekankan. Ianya bergantung kepada komitmen dan usaha anda juga akhirnya. Kalau setakat tengok sahaja tips ini kemudian delete, minta maaflah, tak tahulah lagi bagaimana saya boleh membantu anda.

Apa yang penting sekarang, sematkan dihati dan minda anda untuk mencuba pelbagai cara yang saya kemukakan ini dan bukannya terus membuang artikel ini ke dalam tong sampah.

Hari ini saya akan sambung lagi tips saya sebelum ini mengenai penggunaan Google Adwords. Tahu tak apa itu Google Adwords? Google Adwords adalah satu servis pengiklanan yang disediakan oleh Google.

Pemilik email gmail selalu berjumpa dengan Google Adwords ini. Iklan ini selalu anda jumpa apabila anda membuka gmail anda. Biasanya ianya diletakkan dibahagian tepi atau atas email anda.Sesetengah website juga ada Google Adword didalamnya ataupun Google search.

Iklan Google Adwords ini biasanya dikenakan bayaran jika ada orang klik sahaja. Ianya dipanggil pay-per-click kerana bayaran hanya ditentukan dengan klik sahaja. Jika ramai klik iklan anda, maka banyaklah yang anda kena bayar.

Pada pendapat ikhlas saya, iklan ini paling berkesan sebab iklan anda akan meliputi ruang iklan yang sangat besar. Satu dunia kenal Google, jadi tak hairanlah jika satu dunia boleh kenal website anda dengan iklan ini.

Antara keistimewaan Google Adword ini ialah anda tak perlu risau jika iklan anda diklik saja-saja oleh pelawat website. Ini kerana Google Adword telah disetkan mengikut keyword.

Contohnya, iklan anda promosi program buat duit di Internet. Orang yang minat membeli kereta tak akan lihat iklan anda kerana hanya keyword yang berkaitan dengan buat duit, duit, duit di Internet dan yang sewaktu dengannya sahaja yang dapat lihat iklan anda.

Jadi dengan cara itu ianya dapat menjimatkan kos anda jika orang yang bukan mencari program membuat duit anda klik kepada iklan anda tersebut.

Satu lagi keistimewaan Google Adword ini ialah ianya boleh disetkan mengikut negara pilihan anda. Jika website anda berbahasa Malaysia anda boleh tetapkan hanya penduduk yang tahu berbahasa Malaysia sahaja yang dapat lihat iklan anda. Ini juga dapat jimatkan kos iklan anda.

Jika anda berminat untuk gunakan Google Adword untuk iklankan website anda, saya syorkan anda layari website ini http://www.googleadwordsmadeeasy.com. Website ini menawarkan ebook percuma tentang bagaimana nak masukkan iklan anda dengan Google Adword dan bermacam-macam tips berguna untuk anda. Mereka juga menawarkan komisen USD97 bagi setiap jualan software keyword mereka.

Saya pernah gunakan Google Adword ini untuk iklankan website saya iaitu http://www.easyartscraftstips.com/. Website pertama saya berbahasa Inggeris yang menjual 28 jenis model website berkenaan kraf.Akan tetapi atas masalah teknikal, saya terpaksa batalkan website tersebut pada masa sekarang.

Hasilnya pada waktu itu sangat mengagumkan. Walaupun jualan tidak memberangsangkan sebab sistem autoresponder tak dapat dimasukkan tapi baru beberapa bulan, saya telah mendapat hits atau pelawat seramai 10,000 orang serata dunia hanya dengan menggunakan Google Adword.

Jadi, bagi saya anda boleh mencuba iklan cara ini tapi tetapkan tempoh masa untuk melihat keberkesanannya. Jika berjaya, teruskanlah tapi jika tidak, cuba fikirkan pula cara iklan yang lain.

Diharapkan anda semua akan sentiasa kreatif untuk mempromosikan website anda kerana INGAT...MAKIN BESAR LIST ANDA, MAKIN BESAR PENDAPATAN ANDA!!!

Selamat mencuba dan jumpa lagi dilain waktu dengan tips yang lain pula. Baiii....

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Sila kongsi komen anda pula diruang komen dibawah jika anda mempunyai
pendapat lain pula.

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!