SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Sunday, July 12, 2009

Makin besar list anda, makin besar peluang anda!

Hai,

Bertemu lagi kita dalam tips-tips untuk menjana pendapatan
kita dengan lebih lagi.

Sebelum saya teruskan, ingin saya ingatkan anda semua, kalau
setakat baca sahaja tips-tips yang diberikan ini tanpa berusaha
seperti yang disarankan, bagi saya pembacaan ini hanyalah sia-sia
sahaja. Ini kerana jika anda ada ilmu tetapi tidak diamalkan sama
seperti anda ada tangan tetapi tidak digunakan. Nak ambil barang
pun guna mulut. Begitulah perumpamaannya.

Ok...makin besar list anda, makin besar peluang anda. Anda faham tak
dengan ayat ini? Ayat ini menerangkan bahawa jika anda menggunakan
secara maksima penggunaan sistem email autoresponder bagi menarik
seberapa ramai yang boleh subscriber dibawah anda, ini bermakna peluang
serta potensi anda untuk menjana lebih banyak pendapatan adalah semakin
besar.

Ini kerana apabila anda mempunyai senarai nama dan email dibawah
anda, peluang anda untuk mempromosikan apa sahaja..ya!hampir apa
sahaja kepada mereka sangat besar. Apabila peratus subscriber dibawah
anda membuat belian terhadap promosi anda meningkat, ini bermakna
pendapatan anda juga turut meningkat.

Kebanyakan pakar pemasaran Internet dunia bersetuju bahawa senarai atau
list yang besar merupakan satu ASET yang bernilai kepada kita.

Jika anda mempunyai list sendiri, anda akan sentiasa dapat mencipta
apa sahaja pendapatan mengikut permintaan dan ianya boleh dijalankan
secara autopilot.

Bagi seseorang yang ingin memaksimakan pendapatan secara online,
penggunaan email autoresponder haruslah juga dimaksimakan.

Nasihat saya ialah pada permulaan usaha anda, cuba tarik seberapa
ramai yang boleh trafik atau orang ramai ke website anda dan pastikan
mereka memberikan nama dan email mereka kepada anda. Pada masa permulaan
ini juga, cuba jangan tumpukan lagi kepada samada orang ramai nak beli
ataupun tidak produk anda tersebut.

Sepanjang usaha anda menarik pelawat ke website anda, hantarkan pelbagai
maklumat berguna + promosi produk kepada subscriber dibawah ini. Dengan
cara ini, subscriber anda akan lebih mempercayai dan yakin kepada anda.

Cuba anda fikirkan, jika anda mempunyai 100 subscriber, 10 orang membeli
produk anda bernilai RM50...ini bermakna anda mendapat pendapatan sebanyak
RM500. Itu kalau hanya 10% yang beli produk tersebut.

Kalau anda ada 1,000 subscriber dan 100 orang membeli produk anda bernilai
RM50. Tak ke RM5,000 jadinya.

Jadi, fikirkanlah...makin besar list anda, makin besar besar pendapatan anda.
Anda bukan sahaja mendapat pendapatan yang berlipatkaliganda tetapi anda
juga boleh menghantar email secara sah disegi undang-undang disamping memperolehi
pendapatan ketika apa sahaja kerja atau aktiviti yang anda sedang lakukan.

Ada orang kata, bukan saya kata : "Jika anda nak BERJAYA, jangan hanya tengok sahaja tangga tu...tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

Jadi....Lu fikirlah sendiri!!!

Terima kasih dan berjumpa lagi kita dilain masa,

Nik Nasruddin NM

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!