SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Tuesday, September 15, 2009

Tanamkan dalam hati untuk berubah selepas raya nanti!

Hai rakan-rakan,

Berjumpa lagi kita dalam artikel-artikel yang berkaitan dengan motivasi, panduan dan tips untuk berjaya dengan bisnes Internet.

Insya Allah! Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma pada hari Ahad ini. Ini bermakna umat islam telah berjaya mengharungi puasa sebulan dalam bulan Ramadhan.

Selepas menyambut raya, apa plan anda? Adakah anda ingin berterusan dengan kedudukan anda sekarang yang tak putus-putus mencari peluang buat duit dalam Internet tapi masih-masih juga tak berjaya.

Atau ; anda tekad dalam hati anda untuk tetapkan satu niat untuk tumpukan satu perancangan sahaja.

Mana yang paling bagus? Dua-dua ada pro dan kontra kerana dua-dua ada kelebihan dan kelemahan.

Satu ; jika anda berterusan mencari peluang dalam Internet, baiknya ialah mungkin anda akan berjumpa dengan satu program yang boleh betul-betul buat duit dan anda betul-betul buat duit dengannya. Tak baiknya ialah anda akan membuang masa, buang tenaga dan wang kerana berterusan mencari program terbaik untuk disertai. Kalau ia menjadi tak mengapa, kalau tak jadi bagaimana?

Dua ; Kalau anda tumpukan satu program sahaja, anda mungkin akan lebih banyak masa, tenaga dan wang untuk tumpukan program tersebut. Mungkin peluang anda untuk berjaya akan lebih cerah kerana tumpuan lebih diberikan kepada program tersebut. Masalah berlaku jika program tersebut tak menjadi, ini risiko juga.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan?Teruskan pembacaan anda. Pendapat saya ini adalah berdasarkan pengalaman serta pengamatan saya dengan bisnes Internet ini semenjak 3 tahun yang lepas.

Apa yang perlu anda lakukan ialah :

1. Tumpukan kepada program membuat duit yang memberikan kelebihan kepada anda untuk menerima terus wang dari downline anda. Maknanya ; 100% untung dapat kepada anda, bukan dapat kepada admin. Banyak program sebegini diMalaysia seperti KuasaRM, Igetworld, Iklan-tunai dan lain-lain lagi (jika anda tahu).

Program sebegini peratus untuk kita tak menjana duit agak rendah kerana sesiapa sahaja berada dibawah kita akan terus bank-in duit tersebut kepada kita. Manakala, program yang lain pula kita terpaksa bayar kepada admin dulu sebelum admin agihkan kepada kita sebagai affiliate atau rakan kongsi.

2. Jika anda ingin tumpukan kepada hanya beberapa program sahaja dan tidak mahu berterusan mencari program membuat duit, saya syorkan anda buat sedikit perancangan dengan program tersebut.

Rancangkanlah cara promosi, kos promosi, bagaimana nak promosi, sampai bila nak promosi.
Rancangkanlah berapa bajet anda, berapa minimum bajet, berapa bajet maksimum. Takkan anda nak buat promosi secara PERCUMA sepanjang masa. Bila nak berjaya kalau begitu?

Kalau anda nak jadi lain daripada orang lain (orang lain tak jana duit dengan Internet) anda mestilah buat lebih sedikit daripada orang lain.

3. Tambahkanlah ilmu Internet anda setiap masa. Banyakkanlah membaca berkenaan Internet kalau anda nak berjaya dengan Internet. kalau tak nak baca satu buku pun, satu ke dua mukasurat pun dah memadai.

4. Jangan lupa juga bertanya kepada otai-otai atau orang yang dah berjaya membuat duit dengan Internet ini. Anda tak tahu tapi malu nak bertanya...sampai bila nak berjaya? Itu bodoh sombong namanya.

Saya syorkan anda bertanya kepada salah seorang yang saya anggap guru juga dalam program membuat duit di Internet ini iaitu Cikgu di blog beliau di http://gadingperigiduit.blogspot.com/

5. Gunakanlah alat promosi yang betul untuk anda promosikan program membuat duit anda tersebut. Tiada makna langsung kalau anda mempunyai pelbagai link URL program membuat duit tapi anda tidak mempunyai alat promosi yang bagus.

Saya syorkan disini anda gunakan Sistem Email Autoresponder dimana sistem akan buat semua kerja promosi untuk anda tanpa anda perlu buat follow up secara manual.

Sistem Email Autoresponder yang paling saya syorkan ialah yang ditawarkan dalam Sistem CGPro dimana dengan Sistem Email Autoresponder ini, anda tak perlu bayar apa-apa pun untuk menguruskannya. Semuanya PERCUMA. Apa yang anda perlu buat ialah menarik seberapa ramai pelawat ke website anda dan semuanya akan diuruskan oleh email autoresponder ini nanti.

6. Langkah ini paling penting sekali untuk anda betul-betul menjana duit di Internet...saya pun dah berbuih mulut bercakap tentangnya...PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI DAN PROMOSI.

Walau secanggih mana program membuat duit yang anda sertai tapi tiada usaha promosi dipihak anda, sia-sia sahajalah duit anda yang anda laburkan sebelum ini.

Sebahagian besar daripada kita, hanya menunggu rezeki datang bergolek....cuba anda fikirkan bagaimana orang-orang yang berniaga dipasaran biasa boleh berjaya. Bandingkan kedai yang pekerjanya duduk sahaja menunggu pelanggan dikedai dan kedai yang membuat promosi gila-gila. Pada anda, mana yang agaknya lebih berjaya? Kata Nabil...Lu pikirlah sendiri.

Akhir kata, saya harapkan tips-tips yang saya kongsikan ini akan dapat dipraktikkan oleh anda semua, pencari-pencari peluang di Internet, untuk lebih berjaya selepas berhari raya nanti.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA.

Jumpa lagi dilain artikel.

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Jika anda ingin merebut peluang menjana pendapatan tanpa had dengan downline tanpa had dengan kami, sila klik disini untuk merebut peluang tersebut sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!