SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Friday, December 18, 2009

Anda nak tak berjaya dengan Bisnes Internet anda tahun 2010 nanti?

Hai kawan-kawan,

Apa khabar semua? 2009 dah hampir sampai ke penghujungnya........Bagaimana bisnes Internet anda sekarang?

Bagi yang berhempas pulas mencari peluang-peluang segera untuk menjana duit tambahan di Internet, berhentilah sejenak, tarik nafas dalam-dalam dan fikir sebentar.

Tanyakan pada diri anda sendiri, adakah berbaloi usaha-usaha tanpa henti anda tersebut untuk menyertai program-program membuat duit yang ditawarkan dalam Internet? Adakah perlu anda menyertai program demi program untuk menjana duit tersebut? Dan adakah anda perlu
mencuba nasib dengan setiap program menjana duit di Internet tersebut?

Pada hakikatnya, semua program menjana duit di Internet sama sahaja iaitu menarik seberapa ramai orang dibawah mereka dan anda sama-sama menjana duit dengan mereka. Biasanya siapa yang lebih untung, tentunya pemilik program tersebut. Semakin ramai menyertai mereka, semakin banyak duit yang mereka perolehi......tapi setakat mana program tersebut boleh bertahan?

Sesetengah daripada anda pantang nampak iklan yang menjanjikan pulangan yang lumayan dan berganda-ganda, semua nak disertainya.

Mungkin iklan-iklan tersebut betul-betul boleh menjana duit tetapi perlu ke kita menyertai puluhan program menjana duit tersebut sedangkan satupun tak berjaya?

Jadi, mulai 2010 nanti, buatlah azam baru....apa azam baru tersebut?

Sebagai salah seorang pencari-pencari peluang dalam Internet yang aktif semenjak 2006, saya dapati banyak perkara yang perlu dipelajari oleh seorang pencari peluang seperti anda.

Saya juga banyak kerugian duit, kerugian masa dan tenaga semenjak saya mula-mula terlibat dengan bisnes Internet ini tapi semua itu pengalaman berguna kepada saya (maklumlah saya tiada background berkenaan IT atau komputer seperti sesetangah daripada anda - jadi, ambil masa sedikit untuk memahami proses bisnes Internet ini).

Sebelum saya berkongsi dengan anda apa azam baru tersebut, disini saya ceritakan dulu apa pelajaran yang patut anda tahu tentang bisnes Internet ini :

1. ILMU - Untuk menjalankan bisnes Internet ini atau apa sahaja bisnes yang ingin anda jalankan, anda perlu ada ilmu walaupun sedikit. Jangan main hentam sahaja. Contohnya ; anda nak join satu program menjana duit, anda perlu tahu apa yang ditawarkan, apakah syarat dan
peraturan yang disediakan....kalau anda main hentam sahaja, itulah yang menyebabkan ada yang kena tipu dengan program tersebut.

Ini pernah terjadi kepada saya dulu. Oleh kerana teruja dengan program dan pulangan yang ditawarkan, saya tak baca pun syarat-syarat yang diberikan.Main hentam sahaja. Jadi, hasilnya kena tipu. Admin program tersebut telah melarikan diri dengan semua wang peserta.

Memang tak dinafikan, orang melayu memang begitu(jangan marah aaah!)..sukakan perkara yang tak perlu bersusah payah sedikit. Memang saya akui saya pun begitu. Nampak je program menjana duit yang mendapat pulangan lumayan dan usaha yang kurang atau tanpa usaha langsung, pasti nak join. Ilmu atau pengetahuan diletakkan dibelakang.

2. USAHA - Bisnes Internet atau apa sahaja bisnes dalam dunia ini perlukan usaha untuk berjaya dengannya. Kalau bisnes internet lagilah. Bagaimana orang nak tahu website anda kalau anda tak iklankannya?

Sesetengah orang mengadu kenapa bisnes Internet mereka tak berjaya, tapi pernahkan mereka berfikir sebanyak manakan usaha mereka sebelum ini?

Mungkin ada yang berkata, aku dah teruk berusaha...kenapa tak berjaya jugak? Betul, usaha tangga kejayaan tapi apakah usaha anda tersebut betul pada tempatnya. Allah tidak sesekali akan kejam terhadap hambanya yang sentiasa berusaha.

Cuba lihat pengasas Twitter. Ianya mengambil masa selama 10 tahun untuk beliau berjaya dengan program Twitter yang dikenali diseluruh dunia. Google juga begitu. Daripada pejabat yang kecil, hasil usaha mereka, mereka telah berjaya menjadi syarikat Internet terunggul didunia.

Cuba kita fikirkan bagaimana dengan kita pula, dengan usaha kita yang ciput itu, terbayang tak kita berjaya ataupun tak?

3. NASIB - Nasib juga menjadi penentu berjaya ataupun tak dengan bisnes Internet ini. Kalau nasib baik, hanya dalam masa singkat sahaja bisnes Internet anda berjaya tapi kalau belum nasib kita, sampai bertahun-tahun tak berjaya juga.

Tapi sanggupkah anda bergantung kepada nasib sahaja?Tahukah nasib anda bagaimana?

4. SIKAP - Inilah antara yang PAAAAALING PENTING untuk membina sebuah bisnes Internet.Sikap kita sendiri - positif dan negatif.

Orang nak berjaya dengan bisnes Internet, anda nak juga tapi anda tak ada sikap yang betul.

Sesetengahnya malas, hanya hangat-hangat tahi ayam pada mulanya sahaja. Kalau dah diuji sedikit, dah give up dan putus asa.

Ada sesetengahnya pula, nak kaya tapi tak konsisten. Baru nak dapat untung sedikit dah berhenti. Padahal kalau diteruskan mungkin mereka akan berjaya dengan program tersebut.

Satu lagi, komitmen. Sikap ini ramai yang tak ada. Komited dengan usaha anda perlu ada untuk buat bisnes Internet. Bukan hanya menyerah pada takdir, berhenti kalau tak berjaya, cepat give up dan takut gagal.

5. BANTUAN TUHAN - Usaha yang kuat beserta doa kepada Allah juga akan menjamin kejayaan bisnes Internet ini. Kita sebagai manusia tak tahu usaha kita tersebut berjaya ataupun tak pada masa hadapan. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi, kepada siapa kita nak bergantung..tentulah kepada Allah.

Doalah selepas sembahyang, Insya Allah!Allah tak akan kejam untuk tidak memakbulkan doa anda tersebut - cuma lambat dan cepat sahaja yang membezakannya.

Jadi, dengan berbekalkan 5 pelajaran diatas.....apa azam tahun baru 2010 yang saya nak syorkan kepada anda sebelum ini? Azam ini perlu untuk anda yang betul-betul serius membuat bisnes Internet - part time atau full time.

Saya akan ceritakan tentang azam tersebut dalam artikel akan datang beserta dengan perancangan lengkap setiap bulan untuk anda maintain bisnes Internet anda tersebut.

Ya....anda akan bermula tahun 2010 dengan menyertai saya menjalankan bisnes Internet anda dengan lebih teratur dan tersusun.

Untuk makluman, hanya pelanggan Sistem CGPro kami sahaja yang akan saya berikan bantuan peribadi(dari hati ke hati) untuk memulakan tahun 2010 anda dengan lebih berjaya lagi, Insya Allah!

Jadi, kepada sesiapa yang masih belum menyertai Sistem CGPro atau Commission Generator Pro kami, sila layari website kami di www.komisen.com.

Anda bukan sahaja mendapat Sistem CGPro lengkap dengan Email Autoresponder PERCUMA kami tapi anda akan mendapat bantuan peribadi(dari hati ke hati), maklumat penting tentang bisnes Internet dari masa ke semasa dan jadual bulanan lengkap untuk diikuti bagi menguruskan bisnes Internet anda nanti untuk anda bersama-sama kami menjana duit di Internet nanti.

Tawaran diatas tidak pernah diberikan oleh mana-mana pemilik websitepun sebelum ini.

Dengan itu, jumpa lagi diemail akan datang untuk anda tahu apa azam 2010 yang perlu anda ada dan juga jadual bulanan anda untuk tahun hadapan untuk anda mulakan bisnes Internet anda dengan lebih tersusun dan teratur...dan bukan main hentam sahaja.

Jumpa lagi!

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Ingat.....layari www.komisen.com bagi mereka yang belum menyertai kami untuk membuat bisnes Internet yang lebih serius pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!