SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Sunday, March 21, 2010

Orang yang gagal ialah orang yang gagal bertindak!

Hai,

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang ilmu
yang saya dapat selepas saya join Seminar Kenali Potensi Diri
dan Seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan yang
disampaikan oleh seorang pakar dalam bidang kenali diri
iaitu Dr.Azizan Osman.

Kalau anda baca Harian Metro, anda akan perasan tentang
iklan seminar beliau setiap hari.

Memang saya rasa cukup bertuah kerana Allah dah pilih saya
untuk sertai seminar tersebut sebelum ini. Kalau diizinkan Allah
saya akan sertai lagi seminar hebat seperti ini.

Dr.Azizan kata...kalau kita nak berjaya kita mesti ada 3 benda ini
iaitu :

1. Ilmu
2. Mentor
3. Sistem

Beliau juga ada huraikan tentang tarikh lahir yang boleh mengetahui
bakat seseorang. Ini bukan tilik nasib tapi satu ilmu metafizik yang
benar-benar dibuat kajian dan hasilnya amat memberangsangkan sekali.

Tapi apa yang saya benar-benar nak kongsi dengan anda hari ini ialah
tentang sifat orang yang berjaya.

Orang yang berjaya akan bertindak cepat berbanding orang
yang gagal.Orang yang gagal sentiasa mencari alasan tapi
orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa merebut peluang.

Dr.kata ACTION(TINDAKAN) = RESULT(KEPUTUSAN)...jadi,
FAST ACTION = FAST RESULT.

Saya bersetuju dengan kata-kata Dr.tersebut. Cuba
tengok orang yang sentiasa gagal....mereka hanya
sibuk duk beri alasan-alasan je sedangkan
orang yang berjaya, dah berjaya lama dah
sebab mereka dah ambil tindakan
lama dah tanpa duk pening-pening beri alasan.

Apa yang saya kat diatas ni, bukan suntuk anda
sahaja tapi untuk diri saya sendiri juga sebenarnya.
Memang sangat-sangat diakui perkara
beginilah yang banyak membantutkan impian kita
untuk berjaya.

Perkara sama juga kalau kita nak buat bisnes
Internet ni....ada masanya berkobar-kobar hati
kita nak buat bisnes Internet tapi sayang semuanya
tak lama.Hangat-hangat tahi ayam je.

Tapi dalam hal ni saya bersyukur kerana
semenjak 2006 lagi saya tak
berhenti-henti menguruskan bisnes
Internet saya. Inilah satu kelebihan
yang saya rasa saya ada berbanding
orang lain.

Bayangkanlah Sistem Email Autoresponder
PERCUMA
yang saya jual sebelum ini dahpun
masuk ke tahun kedua. Saya mula membina
sistem saya tersebut mulai awal 2009 dan
sehingga kini sistem tersebut
masih lagi maintain seperti dulu.

Cuba lihat disini di www.komisen.com dan
anda akan lihat keberkesanannya!

Kembali kepada tajuk kita diatas...cubalah anda
renungkan sendiri betul tak apa yang saya katakan tu?

Nasihat saya ialah kalau anda ada alasan untuk
tak mahu berjaya, cuba anda senaraikan semua
alasan-alasan tersebut dalam satu kertas. Lepas
tu anda fikir, apa cara nak selesaikan alasan anda
tersebut. Saya jamin tiada masalah yang tak boleh
diselesaikan. Cuma kita je yang maleh nak
berfikir, betul tak?

Apa-apa pun, sikap kita yang paling penting.
Sikap melambangkan kita ni macamana...sikap
orang yang berjaya berbeza dengan sikap orang yang
gagal.

Renungilah kata-kata diatas...sesungguhnya
Allah amat suka kepada orang yang bertindak
daripada orang yang selalu memberi alasan.

Jumpa lagi dilain artikel, bai....

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Tawaran kami masih terbuka untuk menyertai
pelbagai program menjana duit yang paling disyorkan
di Malaysia.

Klik sini untuk program Kuasa100.com dan klik sini
untuk menjana pendapatan dengan handphone anda.

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!