SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Monday, April 19, 2010

10 Taktik promosi untuk program atau produk anda cepat laku!

Hai kawan-kawan,

Lama tak bercerita tentang tips promosi di Internet.
Minta maaf agak sibuk sikit dengan tugasan harian.
Tapi tak apa....saya sedikit pun tak lupa dengan janji-janji
saya sebelum ini untuk memberi bantuan demi
bantuan kepada sesiapa sahaja yang inginkan bantuan
terutamanya bagaimana caranya untuk buat promosi
di Internet.

Hari ni saya nak berkongsi beberapa taktik yang biasa
digunakan oleh Internet marketer didalam dan luar
negara untuk jadikan produk mereka lebih hangat
daripada biasa.

Mungkin anda dah tahu tentang perkara ini, tapi tak
apa....kita ulangkaji sikit.

1. Beri hadiah dalam bentuk bonus lain dari yang lain.
Katakan produk yang anda jual atau promote berharga
RM100, anda boleh beri hadiah PERCUMA ataupun
hadiah berharga kurang dari kos RM100 tersebut.

Rugi ke? Tak.....kalau orang lain yang jual atau produk sama
dengan anda tak laku satu pun sebab dia tak bagi bonus,
kalau anda dapat jual 1 pun jadilah...dapat juga duit daripada
tak dapat langsung.

2. Letakkan had masa. Katakan anda beri tempoh untuk
orang beli atau join anda hingga hujung bulan. Sesiapa
yang tak join hujung bulan, anda akan naikkan harga.

Ini memberikan orang yang nak join akan cepat-cepat
join sebab takut harga naik lagi lepas ni.

3. Beri hadiah PERCUMA...kalau benda PERCUMA ni mesti
ramai yang berebut. Pastikan hadiah PERCUMA tu bernilai.
Jangan bagi yang mudah didapati dipasaran.

Kalau buat camtu, tak ada sape nak rebut peluang hadiah
PERCUMA tu sebab kat pasaran senang dapat.

4. Beri jaminan seperti kalau sape yang join lepas ni,
pastu tak berminat nak join lepas tu, beri jaminan
pulangan duit.

Jaminan ni tinggi risikonya.Kalau anda rasa program atau
produk tu memang hebat, jaminan ni berbaloi. Kalau tak
jenuh le anda kena pulangkan duit nanti.

5. Bahasa yang digunakan mestilah mantap. Kalau tulisan
anda tunggang langgang. Pastu pulak, banyak typing error,
macamana promosi anda nak berjaya.

Orang akan lihat iklan kita...kalau iklan kita hampeh, maknanya
hampeh le kita sekali nanti.

6. Iklan anda maintain. Setiap bulan anda dah tempah ruangan
iklan tertentu. Ini menunjukkan kita profesional.

Kenal dR.Rozmey pengasas Jusmate 5...alah!yang selalu keluar
iklan suratkhabar tu. Agak-agak sebulan berapa kali muka dia
keluar suratkhabar....lama-lama orang dah biasa dah tengok
muka dia. Jadi, bila dah biasa keluar suratkhabar, orang
akan lebih kenal le produk dia, betul tak?

Kalau kejap iklan, kejap senyap....susah le sikit produk
atau program anda nak laku.

7. Kalau anda guna emel terutamanya guna emel
autoresponder, banyakkan letak link ke website
yang anda join.

Kalau cerita panjang berjela tapi prospek anda tak
tahu nak klik kat mana, buang masa ajelah anda.

8. Buat follow up 2 ke 3 kali seminggu. Biasanya kalau
orang dapat emel pertama, mereka belum buat keputusan
lagi.

Pakar pemasaran Internet kata jualan biasanya terjadi
dalam 7 ke 8 emel follow up. Bagaimana kalau ada ramai
prospek, takkan nak emel satu persatu.

Kat sinilah pentingnya sistem emel autoresponder
yang saya iklankan dalam blog ini. Sistem inilah yang akan
buat kerja bagi pihak kita nanti.

9. Profesional maknanya kalau ada orang tanya,
beri jawapan dengan cepat. Jangan tunggu orang
tu dah bertalu-talu tanya tapi tak ada jawapan juga.

Bila prospek tengok kita profesional, mereka
pun rasa terjamin kalau nak join.

10. Last sekali, banyakkan tempat untuk promosi.
Bila dah banyak tempat letak iklan, besar le
sikit peluang untuk orang lihat website atau
produk kita. Jadi, cepat le sikit program kita
laku nanti.

Kesimpulannya, 10 taktik diatas mestilah
digunakan masa nak buat promosi. Ini
kerana kalau kita guna cara yang sama
sahaja seperti orang lain, keputusan
pun samalah macam orang lain jugak!

Jadi, ambillah tindakan lain dari yang
lain supaya pendapatan anda nanti
juga akan lain dari yang lain juga.

Sehingga berjumpa lagi dilain artikel, adios!

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Anda akan dapat pelbagai lagi tips dan
cara berkesan untuk promosikan program anda
jika anda join kami di www.komisen.com.

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!