SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DI INTERNET DALAM MALAYSIA!

BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI SISTEM CGPRo (Commission Generator Pro) IAITU SATU SISTEM YANG MENAWARKAN ALAT PROMOSI BERBENTUK
EMAIL AUTORESPONDER YANG DIBANGUNKAN OLEH KAMI SENDIRI DI http://www.komisen.com/.

--------------------------------------------------------------

Blog ini juga membincangkan
dengan serius tentang pelbagai tips,teknik dan alat-alat bantuan promosi secara percuma dan berbayar untuk sama-sama kita
membuat duit di Internet untuk pasaran Malaysia dan nusantara.

---------------------------------------------------------------


Tuesday, January 5, 2010

Orang nak berjaya, anda nak berjaya...tapi anda tak ada ini!

Hai kawan-kawan,

Sebagai menyambut tahun 2010 dan sebagai motivasi awal
untuk anda mengubah nasib anda dengan Bisnes Internet anda,
apa kata anda baca dulu kata-kata motivasi ini yang saya ambil
khas dari seorang Pakar Motivasi Terkenal Malaysia
iaitu Dr. Azizan Osman, Moderator Workshop Rahsia
Tarikh Lahir & Workshop Rahsia Kuasa Minda Jutawan.
Personal & Business Coaching Program. Rich & Richer
Resources Network.

Baca dengan sabar dan dengar apa kata beliau tentang
bagaimana untuk berjaya dalam hidup kita.

Dr. kata..........

Ramai yang saya jumpa, mereka ini adalah orang yang nak kaya
atau nak berjaya di dalam hidup tetapi mereka tetap hidup biasa
dan ada yang lebih teruk situasi mereka, hidup mereka bertambah
susah dan penuh dengan "neraka"-keluh kesah, tension, sakit hati,
busuk hati, dengki..... Antara sebabnya yang saya nak kongsi
dengan anda untuk peringatan diri saya adalah seperti berikut,
kesilapan yang saya pernah buat :-

1. Mereka tak khusyuk dalam solat (Mudah2an Allah swt bagi
saya dan anda semua peningkatan dari aspek ini)

2. Mereka sibuk hal orang lain, masalah orang lain, kelemahan
orang lain, kesilapan orang lain dan terlupa memperbaiki
kesilapan diri sendiri atau kelemahan diri sendiri. Contoh
seperti solat, apabila mereka solat, mereka ini sibuk perhatikan
solat orang lain betul tak, bacaan mereka betul tak tetapi
mereka tak perasaan yang mereka sendiri dah tak khusyuk

3. Mereka terlalu sibuk menyalahkan orang lain sehingga
terlupa kesalahan diri sendiri.

4. Mereka sibuk mencipta fitnah tentang keburukan orang
lain sehingga mereka lupa yang mereka sepatutnya fokus
untuk memperbaiki keburukan diri sendiri

5. Mereka dengki dengan kejayaan orang lain dan berusaha
apa sahaja untuk menjatuhkan orang lain sedangkan mereka
sepatutnya berusaha apa sahaja untuk memperbaiki
kehidupan mereka sendiri.

Saya masih belajar merawat hati saya dan di sini saya ingin
berkongsi dengan anda beberapa perkara yang anda boleh
cuba untuk merawat hati anda kerana bila hati anda terawat,
minda anda bersih, anda akan mempunyai getaran tarikan
kekayaan, kejayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang
amat kuat Insya-Allah ke dalam hidup anda.

Tidak ada manusia yang terlepas daripada ujian,
bila Allah uji kita, bermakna Dia sayang kita dan
Dia tahu yang kita Insya-Allah boleh handle ujian itu.
Tidak ada manusia yang terlepas daripada membuat
kesilapan, tetapi apa yang penting adalah mengambil
iktibar daripada kesilapan tersebut dan semakin kuat
kita diuji, semakin kuat kita bergantung kepadaNya..
Bila kita tak ada duit, kita perlu ingat Dia, bila kita ada
duit, lagi sangat kita perlu ingat Dia....

Cuba start konsisten untuk buat beberapa perkara ini:-
1. Sunat Taubat 2 rakaat (Sebelum tidur atau selepas solat isyak)
2. Sunat Dhuha 2-4 rakaat (Antara pukul 8am-11am)
3. Banyakkan istighfar (pagi dan malam)
4. Banyakkan selawat (pagi dan malam)
5. Bersangka dengan baik dengan orang lain.
Mudah2an kita akan mendapat pimpinan, petunjuk,
sokongan,bantuan dan keberkatan dari Nya.
Sekian, jumpa lagi...
Dr.Azizan Osman

--------------------------------------------------------------

Saya setuju dengan kata-kata Dr. diatas. Mungkin anda
kata...ada juga orang yang berjaya tanpa buat perkara
diatas. BETUL, memang ada orang yang berjaya tanpa
buat perkara diatas tapi mereka hanya berjaya
didunia sahaja, akhirat mereka tak berjaya.

Jadi, sebelum anda memulakan langkah bergaya
anda untuk berjaya dengan Bisnes Internet anda
dalam tahun 2010 ini, renung-renung
dan fikir-fikirkanlah kata Dr.diatas.

Ingat kata-kata Nabil....."Lu pikirlah sendiri!!"

Jumpa lagi diartikel lain.

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com

P/S : Bagi anda yang masih belum dapatkan
Sistem Email Autoresponder PERCUMA
kami, sila dapatkannya sekarang di
http://www.komisen.com/. Anda bukan
sahaja akan mendapat Sistem Email
Autoresponder PERCUMA tapi
anda akan dapat satu perancangan
tersusun untuk menguruskan Bisnes
Internet anda tanpa anda pening kepala
bagaimana untuk menguruskannya,
juga PERCUMA untuk anda!

No comments:

Post a Comment

Apa komen anda???

DAPATKAN PANDUAN GOOGLE ADWORDS DALAM BAHASA MELAYU SEKARANG!

Andalah pelawat-pelawat kami!